Bab 5

275 59 44
                                    

"ARGH..." 'Dia' membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Saat itu juga, bau hanyir darah mula menusuk ke dalam hidung. Kepalanya terasa berat dan berdenyut-denyut sakit yang tak terungkap dengan kata-kata.

"Wah, sleeping beauty sudah bangun. Seronok betul kau tidur." Farhan menolak dagunya ke atas supaya 'dia' memandangnya. Senyum senang terukir lebar pada hujung bibir Farhan apabila pandangan mereka berpaut.

"Kau sedar tak kau tu tahanan aku. Ini bukan hotel untuk kau tidur lena." Tak semena-mena, satu tumbukan padu singgah di pipi 'dia'. Darah merah pekat mengalir keluar daripada bibirnya yang pecah. Matanya mula kuyu.

"Le... paskan... a... ku..." Tergagap-gagap si 'dia' menuturkan ayat itu. Suaranya serak. Tekak terasa begitu kering seperti sudah berhari-hari tidak minum air.

Apa yang 'dia' nampak dengan kornea matanya ketika ini ialah dua orang Farhan. 'Dia' sendiri tidak pasti mana satu Farhan yang sebenarnya. Semua objek di situ berganda dan kabur.

Telinganya menangkap bunyi samar-samar. Setiap kata-kata Farhan kedengaran begitu jauh sekali walhal, wajah lelaki itu hanya beberapa inci di hadapan wajahnya.

"Dalam mimpi kau la!" Perut si 'dia' ditendang kuat tanpa belas kasihan. Darah semakin banyak keluar daripada mulut, menitis ke lantai.

Badannya tergantung longlai. Sudahlah tangan dan kaki diikat dengan rantai besi pada dinding seperti binatang. Dadanya terasa sesak kerana tak cukup oksigen. Jika dia bernafas panjang, dadanya akan semakin sakit.

"Kau dengar sini baik-baik. Ini semua hukuman kau kerana sudah belot aku, papa dan Ri. Kau kira beruntung aku tak bunuh kau lagi," herdik Farhan lalu meludah di hadapannya.

"Kenapa... kau... tak bunuh... saja... aku..." Rentak ombak dadanya bergerak naik dan turun dengan laju. Deruan nafasnya tercungap-cungap tatkala dia menutur ayat itu. Entah kenapa susah benar untuk oksigen masuk ke dalam peparunya.

"Aku nak seksa kau perlahan-lahan. Mana seronok terus bunuh kau tanpa tengok kau terseksa," jawab Farhan kemudian tersenyum sinis. Satu lagi tumbukan padu dihadiahkan pada pipi lebamnya.

'Dia' tersentak. Pandangannya sekejap cerah sekejap gelap. Dunianya mula berputar tanpa henti.

'Dia' cuba sedaya upaya untuk kekal terjaga namun dengan keadaan 'dia' yang kriktikal, 'dia' mungkin tidak akan terjaga lebih lama. Badannya mula terkulai lemah dan bersedia untuk 'shut down' untuk suatu jangka masa.

"Sudahlah... banyak pula kau bercakap hari ni. Pergilah sambung tidur balik." Kali ini, perut 'dia' ditendang berkali-kali.

Raungan 'dia' tidak diendahkan. Hati Farhan berasa begitu puas tatkala dia berbuat demikian. Segala dendam kepada si 'dia' akhirnya dilepaskan dengan kekerasan.

Tiba-tiba telefon pintar dalam poket Farhan berdering kuat meminta untuk diangkat segera. Dia menekan butang pada bluetooth earphone yang dipasang pada telinganya.

"Hello... abang tengah sibuk belasah tahanan kita ni. Apa yang Ri nak?" soal Farhan kepada orang di sebelah sana.

"..."

"Oh, pasal itu Ri jangan risau. JUSTICE takkan bertahan lama sebab ada orang kita yang setia memberi maklumat kepada kita tentang rancangan JUSTICE. Kita akan sentiasa dapat tahu rancangan mereka."

Itu kata-kata terakhir yang 'dia' dengar daripada Farhan sebelum pandangannya bertukar gelap-gelita.

⚔️⚔️⚔️

"KAPTEN, saya..." Ermina terhenti daripada meneruskan kata-katanya. Arash yang sedang menghirup kopi, memandang Ermina dengan penuh tanda tanya.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now