Bab 1

640 82 147
                                    

TERDAPAT sebuah pulau kecil yang hanya mempunyai populasi penduduk lebih kurang 1000 orang sahaja yang diberi nama Holmes. Holmes, adalah negara yang tidak wujud dalam peta dunia. Tiada siapa yang tahu akan kewujudan pulau itu melainkan mereka yang menetap di situ.

Rakyat Holmes bukanlah orang yang biasa-biasa. Satu persepuluh penduduk Holmes terdiri daripada golongan saintis dan golongan genius (pakar) teknologi yang ditugaskan untuk menyelidik dan mengkaji satu tenaga asing yang dijumpai dua dekad yang lepas.

Kewujudan tenaga itu dirahsiakan daripada pengetahuan dunia kerana orang yang menemui tenaga itu percaya bahawa tenaga itu akan disalahgunakan untuk peperangan.

Satu organisasi perisik elit rahsia yang digelar JUSTICE telah ditubuhkan oleh pengasas negara Holmes. Kebanyakan rakyat Holmes merupakan ejen rahsia yang berkidmat untuk JUSTICE dalam mempertahankan aset penting iaitu tenaga asing tersebut.

Tenaga asing itu dikenali sebagai Teranium. Atau lebih tepat, nama failnya ialah Projek 046.

"Leftenan Adira... Kapten Arash panggil Leftenan."

Gadis berumur 25 tahun iaitu Adira, berhenti melepaskan tembakan ke arah kadboard sasaran yang berada 100 meter di hadapan. Fon kepala berwarna kelabu itu disangkutkan ke leher. Badannya berpusing 180 darjah, menghadap gadis sebayanya yang memanggil dia sebentar tadi.

"Apa awak cakap tadi Sarjan Ermina?" soal Adira sambil mengelap keringat di dahi. Anak matanya memandang gadis bernama Ermina yang lengkap berpakaian seragam JUSTICE yang serba hitam.

"Kapten Arash nak jumpa Leftenan." Sarjan Ermina mengulang semula ayat yang telah diberitahu kepada Adira sebentar tadi.

Adira mengangguk faham. Pistol yang masih berada kemas dalam genggaman tangan kanan, dimasukkan ke dalam sarung pistol yang dipakai pada paha kirinya.

"Nak gaduh dengan aku lagi ke Kapten Arash?" bisik Adira perlahan yang hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja.

"Tempat biasa katanya." Walaupun Adira tidak bertanya apa-apa soalan, Ermina terlebih dahulu memberitahu Adira tentang lokasi yang harus dia tujui.

Adira mengucapkan terima kasih kepada Ermina terlebih dahulu dan barulah dia mengorak langkah menuju ke tempat 'biasa' dia dan Arash.

Pintu aras bumbung itu ditolak dan terus saja mata Adira menangkap kelibat orang yang ingin berjumpa dengannya. Orang itu sedang termenung memandang langit siang dengan kaca mata hitam. Tidak pasti dia sedang tenung apa.

"Langit takkan beri kita jawapan, kalau kita hanya sekadar melihat langit dengan pandangan kosong. Kalau nak lihat, lihat dengan hati, jangan lihat dengan mata kasar," hujah Arash seolah-olah mengetahui bahawa ada orang yang sedang menghampiri dia secara senyap-senyap dari belakang.

Adira hanya mengulum senyum janggal. Dia berdiri di belakang Arash.

"Ada apa Kapten nak jumpa saya?" tanya Adira dengan sopan.

Arash tidak menoleh ke arah Adira sebaliknya, dia menepuk-nepuk udara di sisi kanannya sebagai isyarat Adira harus berdiri di situ.

Adira akur. Dia bergegas berdiri sejauh lima puluh sentimeter di sisi kanan Arash.

"Kenapa Kapten nampak sedih? Kucing Kapten curang dengan Kapten ke?" soal Adira terselit gurauan untuk membuatkan Arash ketawa.

Arash tersenyum mendengar kata-kata Adira itu. Walaupun dia tidak ketawa, senyum sahaja sudah memadai.

"Kucing saya dah lama mati. Kena hempap dengan serpihan bangunan."

'Aduh, tersalah kata pula.' Adira tersentak. Bibir bawahnya digigit. Kemudian dahinya ditepuk perlahan.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now