Epilog

356 51 41
                                    

ARASH menyandarkan badannya pada kerusi kulit yang empuk itu. Dia menghirup udara segar pejabat barunya. Baru beberapa minit berada di pangkalan JUSTICE yang baru itu, dia sudah selesa.

Haris hanya tersenyum memandang Arash yang dianggap seperti anak lelakinya itu.

"Suka dapat pangkalan baru?" Haris melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Arash.

Arash mengangguk laju tanda dia benar-benar sukakan pangkalan baru mereka.

"Mestilah suka. Tak sangka Marsyal Haris dapat baiki semula Holmes dalam masa sebulan," ujar Arash.

"Arash, berapa kali saya mahu cakap jangan panggil saya Marsyal. Saya kan sudah berhenti jadi Marsyal," balas Haris.

"Habis itu, saya kena panggil apa?" soal Arash.

"Uncle Haris?" jawab Haris kurang pasti.

"Hmm... saya ada cadangan yang lebih sesuai. Apa kata saya panggil Ejen Haris memandang 'uncle' Haris telah direkrut jadi ejen SCAR." Arash mengangkat kening kanannya ke atas.

Haris ketawa lalu dia mengangguk perlahan tanda dia bersetuju dengan idea itu.

"Saya dan James guna teknologi Teranium untuk bangunkan semula Holmes," jelas Haris.

Arash mengangguk faham.

"Memandangkan kamu sudah letupkan pangkalan JUSTICE Malaysia, ejen JUSTICE Malaysia akan tinggal di Holmes bersama kamu. Dapatlah mereka isi kekosongan ejen JUSTICE di Holmes. Urusan membawa ahli keluarga mereka di Malaysia juga saya sedang usahakan," ujar Haris lagi.

"Siapa yang akan memimpin Holmes kalau Ejen Haris sudah tiada di Holmes nanti?" soal Arash ingin tahu.

"Mr James Hudson akan jadi ketua negara Holmes. Saya sudah ada perjanjian dengan dia kalau dia bantu saya baiki semula Holmes, dia akan jadi pemimpin yang baru memandangkan dia lebih berpandangan jauh daripada saya," jawab Haris.

"Jangan risau dia baik orangnya," tambah Haris lagi.

Arash hanya ketawa janggal. Belakang kepalanya digaru perlahan.

Tok! Tok!

"Maaf menganggu kamu berdua tapi Marsyal Arash, kami sudah berbincang cara untuk meningkatkan pertahanan Holmes dan akta perlindungan Teranium. Kalau Marsyal tak keberatan, boleh Marsyal pertimbangkan idea kami?" soal Aryan yang berdiri di muka pintu.

"Nampaknya, kita terpaksa berpisah di sini." Haris dan Arash serentak bangkit daripada duduk mereka.

"Jumpa lagi, Marsyal Arash."

"Jumpa lagi, Ejen Haris."

Mereka berpelukan lama sebelum melangkah ke destinasi masing-masing.

"It's the beginning of the end." Kata-kata Haris tempoh hari terngiang-ngiang di cuping telinga Arash.

Arash tersenyum sendirian. Loket pemberian Adira itu digenggam erat di dalam poketnya sebelum dia melangkah menuju ke dalam bilik mesyuarat.

'If you want to be strong, learn how to fight alone.'

Itu kata-kata hikmah yang Arash sematkan dalam hati untuk mendorong dia menjadi ketua yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan itulah bukti kekuasaan Allah SWT Yang Maha Esa.

⚔️⚔️⚔️

HANS melihat tubuh gadis yang baring terlentang tidak bermaya di atas katil di sebalik cermin kaca yang besar itu. Tubuhnya penuh dengan wayar dan kesan dicucuk.

"Bagaimana dengan keadaan dia, Dr. Smith?" tanya Hans kepada lelaki berkot makmal yang sedang berdiri di sisi kanannya.

Lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Dr. Smith membetulkan kaca mata sebelum berkata, "Dia stabil cuma badannya masih lemah memandangkan dia kehilangan banyak darah. Agak lama juga darah dalam paket darah itu bergerak masuk ke dalam tubuhnya tapi, Encik Hans jangan risau. Dia akan selamat."

Hans mengangguk faham. "Kalau begitu, awak boleh balik. Saya rasa tugas awak sudah selesai untuk hari ni."

Dr. Smith mengucapkan terima kasih lalu menunduk dan meminta izin untuk pulang sebelum keluar daripada bilik itu.

Hans menatap wajah gadis yang masih koma itu lama. Bibirnya mengulumkan senyuman yang sukar ditafsir maksudnya.

"Cantik juga kau ni ya perempuan. Patutlah musuh aku angau dengan kau." Hans menyeluk kedua belah tangan ke dalam poket.

"Bagus juga kalau dia angau dengan kau. Sekurang-kurangnya aku ada kelebihan untuk kalahkan JUSTICE. Kau adalah kelemahan Arash dan kau akan jadi aset penting aku untuk balas dendam!"

Bingkai gambar Farhan, Adriana dan Malik yang tergantung pada dinding ditenung lama oleh Hans.

"Kamu bertiga mungkin sudah kalah dengan JUSTICE. Di samping aku balas dendam untuk kepuasan aku, aku akan balas dendam untuk kau orang bertiga juga. Aku akan pastikan JUSTICE musnah dan Projek 046 akan jadi milik aku," gumam Hans lalu menyeringai.

"Jangan risau, rancangan aku takkan gagal sebab aku ada operasi Hallucination untuk dilancarkan."

-TAMAT-

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now