Bab 17

350 55 74
                                    

ARMEL mendongak memandang langit mendung di atasnya. Dia memeluk erat bahu Arash yang termenung memandang batu nisan itu.

Yang lain sudah pulang ke pangkalan semula. Hanya tinggal Arash, Armel, Haura, Ermina, Ayra, Rayyan dan Zakwan.

"Abang." Armel memanggil Arash perlahan, memujuk dia untuk pulang.

Arash menggeleng. "I need time, Armel." Batu nisan itu dipegang menandakan dia masih tidak mahu pulang.

Adira Binti Malik.

Arash menjadi sebak melihat nama yang tertera pada batu nisan tersebut.

Ermina sudah bertisu-tisu mengelap air mata yang tidak berhenti mengalir. Zakwan menjadi tangan Ermina dengan menghulurkan tisu-tisu itu.

Haura juga memegang batu nisan tersebut. 'Tenanglah kau di sana, sahabatku. Aku doakan kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,' bisik hatinya.

Ayra memandang ke arah lain, dia tidak sanggup untuk melihat kubur mentor dia. Rayyan pula hanya menyepi.

"Dia tak nak kita sedih. Dia nak kita happy walaupun dia tak ada di sisi kita," ujar Zakwan perlahan.

"Kamu semua kena ingat yang Leftenan mati syahid dan syurga adalah tempat dia. Jangan biarkan dia tidak tenang melihat kita semua bersedih atas pemergian dia," tambah Zakwan lagi.

Haura mengangguk setuju. "Dia pergi sebagai seorang wira, kita kena bangga dengan dia."

Suasana kembali sepi.

Lama mereka menyepi sehingga bunyi guruh di langit menyentak lamunan mereka semua.

"Hari nak hujan, kita balik ya abang?" pujuk Armel lagi. Mereka semua bangun kecuali Arash.

Armel mahu mengajak Arash lagi untuk pulang namun dihalang oleh Ayra. "Biarkan dia. Dia mesti nak cakap sesuatu dengan Leftenan," bisik Ayra kepada Armel.

Armel menghela nafas berat kemudian mengangguk faham. Dia mengusap kepala abangnya sebelum mereka semua melangkah pergi meninggalkan Arash berseorangan.

Hujan mula turun dan semakin lama, semakin lebat. Arash membiarkan sahaja air hujan mambasahi tubuh yang masih belum sembuh sepenuhnya daripada pertempuran dua hari lepas.

Syukur, Allah masih memberi dia peluang untuk hidup dan bertaubat. Dengan peluang kedua ini, dia sematkan dalam dada untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

'Terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku dan memberi aku peluang untuk melihat dunia lagi.' Arash mengemam erat bibirnya. Matanya berkaca-kaca dengan air mata. Perasaan sayu yang menampar jiwanya ketika itu membuatkan dia kehilangan kata-kata walhal ada banyak benda yang dia mahu luahkan. Arash memegang batu nisan itu buat kali terakhir.

'Terima kasih Adira untuk segalanya. Kita jumpa di sana nanti.'

Akhirnya, air mata itu jatuh bersama air hujan yang menitik membasahi bumi. Perlahan-lahan dia bangkit lalu melangkah pergi meninggalkan kawasan tanah perkuburan Islam itu.

Dari jauh ada dua kelibat berkot hujan hitam sibuk memerhatikan gerak-geri Arash. Walaupun hujan lebat, mereka masih berdiri di situ melihat kelibat Arash menghilang.

'Dia' tersenyum.

"Apa perancangan encik selepas ini?" tanya rakan yang berdiri di sisi kanannya.

"Kita masih akan tumpaskan JUSTICE. Dia masih belum selesaikan hutang dia dengan aku. Aku tak akan mengalah begitu saja. Aku ada rancangan yang bagus untuk kita jalankan," balas 'dia'.

JUSTICE : Projek 046 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora