Bab 10

273 53 81
                                    

"RAMAINYA orang di sini." Terkelip-kelip mata mereka berlapan memandang ramai ejen yang lengkap berpakaian rasmi JUSTICE sedang lalu lalang di hadapan mereka. Semuanya sibuk ke hulu dan ke hilir melakukan tugas masing-masing.

"Saya tak sangka sebenarnya JUSTICE ini luas cabangnya," ujar Ayra dengan begitu kagum.

"Selamat datang ke pangkalan rahsia JUSTICE Malaysia. Tempat ini lebih dikenali sebagai pangkalan sandaran agensi JUSTICE andai sesuatu yang buruk terjadi di Holmes. Pangkalan ini dan pangkalan di Holmes tidak jauh bezanya cuma kami di sini tiada Teranium," jelas Aryan yang mengetuai perjalanan mereka di hadapan.

"Tapi Kapten Arash cakap Koperal Armel dapat kesan pangkalan ini melalui frekuensi daripada Teranium yang ada di Malaysia. Kalau tiada Teranium, masakan frekuensi Teranium dapat dikesan di Malaysia?" soal Zakwan hairan. Setahunya, Arash ada beritahu mereka bahawa dia menyuruh Armel mencari frekuensi Teranium pagi tadi.

"Frekuensi yang kamu kesan itu sebenarnya frekuensi output daripada kuasa yang dijana oleh Teranium. Di sini, semua senjata kami dinaiktaraf oleh kuasa Teranium. Walaupun Projek 046 tak ada di negara ini, kamu semua masih boleh kesan kami menggunakan frekuensi output Teranium yang ada pada senjata kami," jelas Aryan lagi kepada mereka semua.

Mulut mereka dimuncungkan membentuk huruf 'o' menandakan mereka faham.

"Okay, kita sudah sampai di bilik rehat. Perempuan di blok kanan manakala lelaki di blok kiri. Nombor bilik kamu semua sudah tertera pada kad identiti yang saya berikan kepada kamu tadi. Kamu semua berehatlah dahulu, pasti kamu penat kan? Selamat malam dan rest well." Aryan menepuk bahu Arash dan menguntum senyum kepada mereka. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan mereka untuk berehat.

"Nampaknya malam ni kita semua boleh rehat dengan tenang."

⚔️⚔️⚔️

"ADIRA?"

Adira menoleh ke arah suara yang memanggilnya dari belakang. Tercelik luas mata apabila melihat Arash yang sedang melangkah ke arahnya.

"Arash masih belum tidur?" soal Adira seraya menjeling sekilas angka pada jam tangan.

2:30 minit pagi.

Arash menggeleng perlahan. Dia menyertai Adira duduk di atas lantai. Kedua-dua lutut dipeluk rapat ke dada, meniru posisi duduk Adira.

"Awak memang suka duduk dekat atas bumbung ya? Dari dulu saya tengok awak habiskan masa di tempat tempat macam ni," ujar Arash lalu tertawa kecil.

Adira mengulum senyum sebelum mengangguk. "Ya. Bumbung jugalah yang jadi penyelesaian untuk semua masalah saya."

"Kenapa? Bumbung boleh bagi jawapan untuk soalan awak ke?" soal Arash lagi. Sudah lama dia ingin bertanya soalan itu kepada Adira. Sepanjang perkenalan mereka, Arash perasan setiap kali gadis itu menghadapi masalah, pasti bumbung juga yang dia cari untuk tenangkan diri.

"Surprisingly... yes. Bumbung boleh bagi jawapan pada soalan aras tinggi saya," balas Adira.

"Can I know how?"

"Bila saya duduk di atas bumbung, saya nampak langit. Entah kenapa saya berasa tenang setiap kali dalam keadaan macam ni. Bila saya tenang, otak saya makin senang nak bagi idea untuk selesaikan masalah," jawab Adira. Dia membetulkan duduknya yang memeluk lutut itu kepada duduk bersila.

Rasa tidak senonoh pula duduk sambil memeluk lutut di hadapan lelaki. Dia takut andai mengundang benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku.

"Tiba-tiba saya teringat sesuatu yang saya pernah cakap pada Adriana semasa dia menyamar jadi awak tentang langit. Awak nak tahu?" soal Arash turut membetulkan duduknya kepada duduk bersila. Dia menongkat dagunya memandang Adira.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now