Bab 7

262 55 60
                                    

"UNTUK pengetahuan kau Adira, aku sudah berjaya hapuskan JUSTICE," desis Adriana sinis. Dia berjalan menghampiri Adira yang digari tangan dan kaki pada dinding.

"Kau dengan agensi JUSTICE kau tu lemah! Lemah fizikal! Lemah mental! Lemah intelek! Lemah segala-gala lemah!" herdik Adriana lalu menyentak kasar leher Adira. Adira menggelumpur cuba untuk membebaskan diri daripada Adriana namun, pergerakkannya terbatas.

Rantai besi yang mencengkam pergelangan tangan dan kaki menyebabkan setiap rontaannya sia-sia. Apa yang dia dapat hanyalah sakit yang mencucuk-cucuk pada kulit.

Adriana melepaskan leher Adira apabila wajah gadis itu sudah kebiru-biruan. Senyum sinis meniti panjang di hujung bibir saat melihat Adira terbatuk-batuk darah.

Perasaan puas sukma yang bersalut api dendam itu kian, menjalar hebat dalam tubuh. Di retina mata, setiap sisi sungguh cerah dengan cahaya kemenangan. Di cuping telinga, setiap raungan pasti membuka pintu kejayaan. Di bibir, lontaran makian tanpa segan itu menyebabkan hatinya semakin meraup dengan rasa gembira.

Wajah mereka mungkin sama namun bukan hati. Setiap renungan Adriana membuktikan dia hanyut dalam dunia dengki dan dendam. Adira sendiri sudah tidak pasti adakah kembarnya akan berjaya keluar dari dunia yang penuh hina itu hidup-hidup ataupun tidak.

"Mereka bukan mudah untuk dikalahkan! Aku tak percaya." Entah dari mana keberanian itu datang untuk melawan Adriana. Mata merah Adira menjegil tajam wajah polos Adriana yang tersenyum sumbing memandangnya.

"JUSTICE tak lemah seperti kau orang! Mereka kuat! Mereka takkan mudah untuk mengalah!" teriak Adira. Anak matanya sibuk mencari kebenaran di sebalik kata-kata Adriana sebentar tadi bahawa JUSTICE telah dikalahkan.

Adriana menepuk tangannya seraya ketawa besar. "Aku suka semangat membara kau, kembarku. Kau katalah apa kau nak kata tentang JUSTICE tapi bagi aku, mereka hanyalah sampah!" Pipi Adira ditampar kuat sehingga menyebabkan kepala gadis itu terteleng laju ke kiri.

"Aku sudah bunuh mereka semua! Aku sudah pasang bom dalam rumah mereka. Aku yakin yang sekarang ini, badan mereka sudah hancur berkecai!" Ketawa jahat Adriana memenuhi ruang kecil tersebut. Ketika ini, perangai Adriana memang serupa orang hilang akal.

Perangai ini... sama seperti perangai Malik yang gila kuasa, tamak harta, taksub dengan dunia.

Adira tunduk memandang lantai. Andai apa yang dikata oleh Adriana itu benar... dia sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini. Adira menghela nafas berat. Sukar baginya untuk menerima kenyataan berat itu.

"Abang aku kata, kau susah sangat nak mampus. Betul ke? Banyak sangat ke dosa gadis bernama Adira sampai Tuhan masih bagi kau masa nak bertaubat?" ujar Adriana dengan nada mendatar.

"Baguslah, sekurang-kurangnya dapat juga aku bau syurga daripada kau orang yang belum apa-apa lagi sudah kena humban dalam neraka," lawan Adira dengan berani lagi. Hatinya dipenuhi dengan api kemarahan yang marak menyala. Semangat untuk berlawan mula menjalar dalam dirinya.

Andai kawan-kawannya sudah tiada, dia harus kuat untuk membalas. Andai kawan-kawannya masih hidup, dia juga harus kuat untuk membalas. Matanya berkaca-kaca dengan air mata hangat yang bertakung. Bila-bila saja empangan itu akan roboh.

"Berani kau nak berhujah pada aku!" Tidak semena-mena, Adriana memusingkan tubuh 360 darjah seraya kaki diangkat tinggi menyamai paras dengan perut Adira. Tendangan melingkar itu mendarat tepat di antara perut dan sangkar rusuk Adira.

Darah tersembur keluar daripada mulut Adira. Bahagian ditendang itu terasa senak namun, dia masih boleh tersenyum sinis. Ada sesuatu yang sedang ligat bermain dalam fikirannya.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now