Bab 14

219 47 60
                                    

"RASAKAN!"

Haura menghayunkan penumbuk ke pipi musuh lalu melilit leher lelaki berbadan sasa itu dengan kaki kanan sebelum menghentak kuat tubuhnya ke lantai sehingga retak. Dia tidak melengahkan masa walaupun sesaat. Tahu-tahu saja dia sudah bangkit lalu menendang celah kangkang musuh lain yang menerjahnya daripada hadapan.

Saat musuh terduduk ke lantai, Haura berlari ke arah sebuah dinding. Dia melompat seraya kaki kanan menolak dinding itu untuk memberi kuasa maksimum kepada lompatannya. Tidak semena-mena, tendangan jejak itu mendarat di antara perut dan sangkar rusuk musuh itu.

Dua orang musuh berjaya ditumpaskan dalam satu masa.

"Kau fikir aku tak perasaan kehadiran kau?" Haura laju berpaling ke belakang dan menahan tumbukan seorang lagi musuh yang menyerang hendap dari belakang. Tangan lelaki itu dipusingkan satu pusingan. Terjerit lelaki itu apabila terdengar bunyi tulang patah.

Haura menyentak kuat leher lelaki itu dan dihentamkan ke dinding. Senyuman sinis terukir lebar pada wajah Haura. Musuh itu menggelumpur cuba membebaskan diri namun, Haura lebih kuat. Semakin lama, wajah musuh itu semakin membiru kerana kekurangan oksigen.

Musuhnya memukul perlahan lengan Haura minta dilepaskan. Haura menuruti permintaannya.

"Dan jangan kau fikir aku ini cukup baik untuk biarkan kau terlepas!" Haura memusingkan badannya 360 darjah dengan kaki diangkat tinggi ke udara. Tendangan melingkar yang padu itu akhirnya mendarat di pipi musuh.

Musuhnya rebah ke lantai tidak sedarkan diri. Haura menepuk-nepuk bahunya yang berhabuk.

"Tolong bagitau saya yang itu adalah musuh yang terakhir." Nafas Haura termengah-mengah. Keringat yang menitik di dahi dilap dengan hujung lengan baju. Dia sudah penat melawan musuh yang tak reti nak mengalah walaupun sudah dibelasah sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.

Mereka berempat tidak menjawab soalan Haura sebaliknya, mereka memandang Haura tanpa berkelip. Kening mereka terangkat tinggi.

"Apa?" marah Haura apabila perasan akan hal itu.

"Apa function Sarjan bagi kami pistol yang hebat ni kalau Sarjan kalahkan lebih kurang dua puluh orang musuh tanpa apa-apa senjata?" soal Rayyan lalu menjuihkan bibir bawah ke hadapan. Dia bercekak pinggang memandang Haura dari atas sehingga bawah.

"Saya tahu saya hebat, jangan ternganga saja. Sekarang, kita akan teleport ke markas Farhan," ujar Haura seraya memberi isyarat mata kepada Aryan. Faham akan maksud isyarat itu, Aryan segera mengeluarkan alat teleportasi daripada poket seluarnya.

"Sarjan boleh ulang semula apa yang harus kita lakukan di sana? Tadi saya terdengar perkataan letupkan jadi, saya ingin kepastian takut saya tersalah dengar," ujar Ayra. Matanya bersinar teruja dengan harapan dia tidak tersalah dengar perkataan 'letupkan' yang meluncur daripada bibir Armel sebentar tadi.

"Kita akan letupkan markas mereka," ulang Haura.

Ayat yang mudah dan ringkas namun, Ayra sudah mula ketawa besar. Inilah saat yang ditunggu-tunggu sejak hari pertama dia direkrut menjadi ejen JUSTICE.

Letupkan sesuatu. Jangan kata saya tak bagi amaran tentang perangai psiko Ejen Ayra.

Mereka semua berdiri rapat antara satu sama lain. Haura memastikan semua sudah bersedia terlebih dahulu sebelum memasukkan koordinat tempat yang ingin dituju.

Sebaik saja koordinat berjaya dimasukkan, peranti teleportasi itu mengeluarkan alur cahaya ungu terang dan bergerak mengelilingi mereka. Pandangan mereka menjadi terlalu cerah yang menyakitkan mata. Masing-masing memejamkan mata untuk menahan silau yang luar biasa.

JUSTICE : Projek 046 Kde žijí příběhy. Začni objevovat