Bab 9

280 56 83
                                    

"DUA manusia ni sudah kenapa tidur di luar?" Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat dua manusia yang sedang lena di atas rumput. Zakwan, Ayra, Ermina dan Haura turut berdiri mengelilingi dua manusia itu dan juga penuh dengan tanda tanya.

"Bangun Kapten, Leftenan. Subuh tak lama lagi nak habis. Kapten dan Leftenan tak takut ke kalau masuk neraka?" Zakwan mula berura-ura untuk berhujah. Itulah Zakwan, seorang yang amat tegas dalam soal agama.

"Baiklah ayahanda, anakanda sudah bangun," gumam Arash dalam tidurnya. Sempat dia menguap luas sambil menangkat kedua belah tangan ke atas untuk meluruskan badan.

"Tutup mulut nanti nyamuk aedes masuk."

Arash yang masih terkebil-kebil, meliarkan pandangan ke segenap arah dengan penuh tanda tanya. Dia memandang tapak perkhemahan dan wajah rakan-rakannya itu bersilih ganti. "Eh, bila masa pula saya tidur di luar khemah?"

Semua menggeleng tidak tahu. Mahukan jawapan daripada orang yang tidur di luar, orang yang tidur di luar pula yang keliru mengapa dia tidur di luar.

"Huargh..."

"Ini seorang lagi, menguap sudahlah persis seekor singa, tak padan dengan perempuan," marah Ermina seraya menggeleng kepala melihat Adira yang turut terjaga daripada lena.

"Siapa mereka bertiga?" soal Adira sebaik saja pupil mata berjaya diselaraskan dengan cahaya sekeliling. Matanya terkelip-kelip memandang tiga wajah asing yang sedang memerhatikan dia. Akan tetapi, wajah salah seorang daripada mereka seperti gadis yang dia ternampak tidur di sebelah Ermina malam tadi.

'Rekrut baru?' fikir Adira.

"Dia Ejen Ayra, your mentee. Lagi dua orang itu Ejen Rayyan dan Ejen Zakwan. Rekrut baru JUSTICE tapi... tak ada lah baru sangat. Sempat juga buli 100 round," sakat Haura lalu ketawa jahat.

Zakwan dan Rayyan bergerak menjauhi Haura. Mata mereka hanya mengekor wajah ejen senior mereka yang lagak psiko itu.

"Selamat berkenalan Leftenan Adira. Harap boleh beri tunjuk ajar." Ayra memberi tunduk hormat.

Adira tersenyum lalu mengangguk. "Selamat berkenalan Ejen Ayra."

"Macam mana kamu berdua boleh tidur di luar? Sleep walking ke?" tanya Ermina. Soalan itu masih belum terjawab.

"Tahukah anda berdua bahawa kita tidak boleh tidur dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram dan bukan halal bagi kita. Berdosa besar pula tu hukumnya. Antuma semua tak takut masuk nerakakah?" bicara Zakwan dengan waraknya.

Adira dan Arash tersengih malu sementara Ermina pula memandang Zakwan tanpa berkelip. Sejak kebelakangan ini, setiap kali Zakwan berkata sesuatu lebih-lebih lagi soal agama, pasti hatinya menjadi tidak keruan. Maka, sudah terang lagi bersuluh, dia sudah terjatuh hati dengan jejaka itu.

"Jangan risau kami bukannya tidur rapat sangat pun. Masih ada gap. Kami tak buat apa-apa yang tak senonoh," pintas Arash sebelum sempat Zakwan mengujar lagi.

"Betul, malam tadi kami berbual lama sangat sampai tertidur," tambah Adira pula.

Mereka memandang wajah mereka berdua yang suci seperti tidak bersalah, mencari kebenaran di sebalik kata-kata mereka.

"Abang," panggil adik Arash, Armel yang muncul dari belakang secara tiba-tiba. Semua anak mata kini tertumpu pada Armel. Di tangannya, dia memegang sebuah tablet yang mempunyai logo rasmi agensi JUSTICE.

"Armel sudah jumpa tempat untuk kita semua berlindung," ujar Armel seraya menyerahkan tablet yang dipegangnya kepada Arash.

Arash segera melihat isi kandungan tablet itu dengan teliti. Titik merah yang tertumpu pada satu koordinat itu membuatkan dia tersenyum lebar.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now