Bab 16

264 49 58
                                    

ADIRA, Ermina dan Arash terduduk lemah dengan nafas yang tercungap-cungap. Farhan mengesat darah yang mengalir daripada bibirnya yang pecah.

"Tiga orang pun takkan masih tak boleh lawan aku seorang?" soal Farhan sinis.

"Diamlah kau!" Adira cuba untuk bangkit namun jatuh terduduk semula. Kakinya seolah-olah tidak mengizinkan dia untuk berlawan lagi. Sistem badannya sudah berpaling tadah dengan semangatnya yang masih tak mahu mengalah.

Farhan hanya menggeleng kepala. Dia pantas mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. "Kamu semua kenal apa bendanya ni?"

"Teranium? Macam mana kau boleh dapat Projek 046 tu?" tanya Ermina terkejut.

Terbeliak mata mereka bertiga melihat Teranium yang berada dalam genggaman Farhan. Mustahil untuk kristal ungu itu jatuh ke tangan lelaki itu.

"Masa kau sibuk lawan tentera aku, aku lebih bijak dengan menyamar sebagai ejen JUSTICE yang ditugaskan untuk melindungi Teranium. Aku tipu data kata Teranium sudah dipindahkan tapi hakikatnya, Projek 046 ada dalam tangan aku. Sudah jawabkah persoalan kau orang semua?" Farhan menghalakan Teranium itu ke arah Adira dan Ermina. Matanya sepet tika dia memandang wajah dua orang gadis itu.

"Apa... Argh!"

Satu arus bercahaya ungu dihasilkan daripada Teranium lalu merenjat tubuh mereka dengan voltan yang tinggi. Mereka berdua menggelumpur di tanah. Anak mata terangkat ke atas menahan perit direnjat. Tubuh mereka terasa kebas. Organ mereka bagai sedang terbakar.

"Jangan!" Arash berlari untuk menyelamatkan mereka berdua namun Farhan sempat menangkap Arash.

"Sebab kau, adik aku mati tahu tak?" Farhan menolak tubuh Arash jatuh ke tanah. Kakinya menahan perut Arash supaya lelaki itu tidak boleh bangkit semula.

"Kau yang tembak dia!" lawan Arash.

"Tapi kalau bukan sebab kau, dia takkan mati! Ini semua salah kau dan bukan salah aku!" jerkah Farhan bengis. Rambutnya yang kusut-masai itu dikusut lagi seperti orang gila.

"Aku nak kau terseksa Arash. Sebab kau Ri dan papa mati!" Teranium itu berhenti mengeluarkan arus kepada Adira dan Ermina.

Kemudian, Teranium itu dihalakan ke wajah Arash. "Agaknya apa yang akan jadi kalau aku renjat elektrik kat muka kau? Agak-agaknya, otak kau akan terbakar atau tidak?"

"Hoi, jangan kacau abang aku lah!" jerkah satu suara. Jelas kedengaran bunyi tapak kaki laju berlari ke arah Farhan daripada belakang.

Armel yang baru tiba di tempat kejadian, menendang perut Farhan sekuat hati.

Haura yang turut muncul dari arah hadapan mengambil peluang untuk merampas Teranium yang terlepas daripada tangan Farhan.

Armel mengeluarkan pistol G18 namun Farhan lebih pantas merampasnya daripada genggaman Armel. Armel cuba untuk merampasnya semula tetapi Farhan cekap mengelak ke belakang gadis itu. Dengan pantas, leher Armel dihentak kuat.

Armel jatuh ke tanah, tidak sedarkan diri. Wajah Farhan berseri-seri melihat pistol yang berjaya dirampas ada dalam genggamannya.

Namun, seri wajahnya hilang apabila melihat Teranium jatuh ke tangan Haura.

"Haura... bagi aku Projek 046 tu," ujar Farhan dengan nada yang tegas.

"Takkan." Haura berlari untuk meninggalkan tempat itu namun Farhan pantas melepaskan tembakan di kedua-dua betis Haura menyebabkan dia terjatuh. Haura cuba untuk bangun semula tetapi gagal. Kakinya terlalu sakit untuk bangun semula.

"Mengacau saja kau orang nilah!" bentak Farhan geram. Dia memegang pipi yang terasa pedih ditumbuk oleh Armel sebentar tadi.

"Di mana aku tadi?" Farhan memandang Arash semula namun Arash sudah hilang daripada pandangan.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now