BAB 2

5.7K 196 3
                                    

Báilame como si fuera la última vez
Y enséñame ese pasito que no sé
Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki Taki taki, rumba.

Aku terus menghembus nafas. Aku cukup pantang kalau aku tengah kerja ada gangguan. Aih!.

"Cuba kau angkat call tu j. Mana tahu si anita tu ada benda penting nak kasi tahu." Ucap anuar.

"Hmm. Ok" Jawab aku seraya menekan butang hijau.

"Hello"

"J tolong aku j."

"Eh kau asal anita?"

"Tolong aku. Zufhal mengamuk macam orang gila. Dia nak bunuh aku dengan anak aku. Tolong aku j."

"Ha? Ni sekarang kau dekat mana?"

"Aku dekat rumah. Aku sent location. Tolong aku j"

"Sab... Hello.. anita? Anita?"

Aku tergamam seketika selepas panggilan ditamatkan oleh anita. Aku memandang ke arah anuar dan izuwann..

"Asal?" Tanya izuwann.

"Anita dalam bahaya. Korang berdua ikut aku. Kita pergi dekat rumah dia."

Seketika kemudian, aku izuwann dan anuar sampai ke rumah anita, Aku terus memberi salam.

"Assalamualaikum"

Salam yang pertama tidak disahut oleh sesiapa.

"J."

Aku berpaling.

"Pintu tak berkunci. Kita masuk eh?"

Aku hanya menganggukkan kepala. Anuar dan izuwann terus meluru masuk ke dalam rumah anita. Seketika kemudian aku perasan ada tompokan darah di atas lantai. Aku memandang sekeliling. Mencari kalibat anita. Tak lama kemudian.

"J! Sini!" Jerit izuwann.

Aku terus mendapatkan izuwann.

"Tu!"

Aku terus berlari ke arah anita. Dipaha anita penuh dengan darah. Muka anita hancur. Mungkin kena tumbuk dengan zufhal.

"Izuwann call ambulans sekarang!" Jerit aku.

"Baik!"

Aku berpaling ke arah anita.

"Kenapa boleh jadi macam ni ita?" Tanya aku.

"Zufhal kantoi curang dengan aku j. Aku marah dia. Tapi tak sangka dia mengamuk macam ni sekali dekat aku." Ucap anita bersama tangisan.

"Mana zufhal sekarang?"

"Dia dah lari. J perut aku sakit". Ucap anita sambil memegang perut dia.

"Allah! Kau nak beranak dah ke? Kau sabar kejap. Kejap lagi ambulans sampai".

"J tolong aku j. Sakit".

"Ye aku tahu. Tapi kau kena bersabar sikit. Sikit je okay"

Tak lama kemudian, ambulans sampai dan anita terus diusung bawa masuk dalam ambulans.

"Bawa kereta aku. Aku naik ambulans. Nanti kita jumpa kat sana."

"Okay-okay"

Aku hanya memerhati nurse buat kerja di dalam ambulans tersebut. Aku cuba tenangkan anita yang dari tadi memanggil nama aku. Tak lama kemudian, kitaorang sampai hospital. Anita dibawa masuk ke dalam dalam satu bilik yang aku sendiri tak boleh masuk. Anita hilang dari pandangan. Tak sampai 15 minit, ada seorang nurse perempuan keluar bersama dengan kertas ditangan.

"Eh mei!" Jerit nurse tersebut.

Aku berpaling ke arah nurse tersebut.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now