BAB 42

1.7K 118 15
                                    

Pasal ninie pulak. Risik punya risik rupanya ninie ni ada saka. Aku tak berapa nak pasti apa kaitan saka ninie dengan kes rasuk tu dekat hospital tu. Sebab masa budi berubat tu ninie dah pulih. Tetapi bila ninie balik rumah dia kerap kena rasuk. Nak di buang tetapi tak nak dilepaskan. Entah lah nak. Tepuk dada tanya hati lah. Benda yang mensyirikkan allah tu lah benda yang seronok nak dibuatkan oleh manusia baik muda atau tua.. Betul ke idok?hehe

Beberapa tahun selepas itu, aku adalah terjumpa zufhal. Tapi itu pun secara tak sengaja. Comel okay anak anita. Ada jugak aku berborak dengan dia. Dan satu soalan aku bertanya kepada dia. Soalan itu pun bertahun jugak aku pendam sebelum aku jumpa zufhal.

"Zufhal kau maafkan anita?" Tanya aku sambil berpaling ke arah budak kecil yang tengah berselera menghirup air cincau. Saling tak tumpah muka anita.

Zufhal terdiam. Tak lama itu dia bersuara.

"Aku tahu anita buat macam itu bersebab. Sebab aku jugak yang baran. Aku maafkan dia dengan seikhlas hati aku j. Aku halalkan segalanya didunia dan diakhirat. Cuma aku terlambat untuk minta maaf dekat dia apa yang aku dah buat masa dia hidup dulu. Itu yang aku berubah dan nak jadi ayah yang paling baik untuk anira. Betullah orang cakap, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian dah tak berguna j. Aku betul-betul menyesal" Ucap zufhal bersama tangisan.

Aku hanya menepuk-nepuk bahu zufhal. Mungkin sedikit sebanyak membuat dia tenang. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Zufhal dah berubah. Itu last aku terjumpa dengan zufhal. Selepas itu aku dah tak jumpa lagi sampailah sekarang.

TAMAT

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now