BAB 8

2.8K 122 0
                                    

"Uish. Boleh tahan cerita fara. Tengok ni." Ucap aku lantas menunjukkam bulu roma dekat tangan aku menegak.

"Haha ada lagi sebenarnya mei. Nak fara cerita semuanya ke?" Tanya fara.

Aku membetulkan duduk.

"Boleh." Ucap aku.

"Awak tak takut ke?" Sampuk tania tiba-tiba.

"Kalau tania nak tahu, mei ni segala jenis hantu dia pernah jumpa dan hadap. Setakat ceria fara ni celah gigi je."

"Oh ye ke?"

"Eh tak ada lah. Just pengalaman je lah. Ada jugak kisah saya kat hospital. Tapi tak apa. Saya kasi laluan dulu kat fara."

"Okay-okay. Fara nak cerita pasal pontianak."

"Uiik. Okay cerita lah."

"Masa tu alhamdulillah lah setelah fara habiskan masa selama setahun untuk ambil bidang kebidanan dikolej dekat terengganu, Fara pun kembali ke hospital dan meneruskan tugas hakiki fara. Haha. Tetapi kali ni tanggungjawab fara lagi besar daripada sebelum-sebelum ni. Sebabnya bila malam fara la TL, apa-apa keputusan, fara yang kena buat. Nak check jalan patient sebab sakit nak beranak pun fara yang kena buat kalau doctor tak ada. Kalau kerja malam bagi fara memang seronok. Smooth je dan tak ada kejadian buruk yang berlaku.

Dekat wad pulak memang tenang sebab patient tak ramai masuk. Alhamdulillah lah bolehlah fara dengan nurse yang lain berehat dekat kaunter. Lagi pulak malam tu patient pun tak ramai kat kubikel belakang. so ada satu bilik ni katil 19-22, fara dengan kawan fara lagi sorang nama dia jue tutup lampu sebab tak ada patient pun malam tu. Benda ni dah menjadi kebiasaan untuk kami nak jimat elektrik. So disebabkan tak ada patient kami tutuplah lampu tersebut. Nak dijadikan cerita, malam tu fara dengan jue siap kerja awal. Jadi kami pun siap-siaplah nak supper. Nak dijadi kan cerita lagi, dalam pukul 12 tengah malam, fara berjalan nak masuk ke pantry sebab nak ambik pinggan mangkuk sudu. Masa fara jalan nak ke pantry tu, dari ekor mata fara tertangkap satu kelibat dalam bilik 19-22. Fara berhenti berjalan dan pandang sekilas ke arah bilik tersebut. Tengah fara mencari kelibat tu tiba-tiba fara ternampak satu lembaga berambut panjang, baju putih sambil memandang ke arah fara. Masa tu bermacam-macam fara rasa. Hujung-hujung fara terus pusing dan menuju ke pantry. Masa fara nak patah balik kat kaunter, fara akan lalu kat bilik 19-22 tu. Benda tu dah tak ada. Entah kemana terbangnya. Mungkin lah fara rasa dia penat terbang kot. Tu yang dia berhenti rehat. Haha"

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now