BAB 18

1.7K 87 2
                                    

"Apa yang berlaku sebenarnya daddy?"

Ayah saya berpaling muka ke arah saya. Lama jugak dia tengok saya. Tak lama tu dia buka mulut.

"Sebenarnya lepas kamu kasi whatsapp, daddy mintak devin tengokkan mami sementara kamu nak naik. Daddy pulak nak turun. Jadinya masa dalam lif, daddy rasa seram sejuk. Mula-mula okay lagi. Tiba-tiba sampai dekat tingkat 4, lif terbuka. Tetapi tak ada orang. Daddy intai dari dalam lif memang tak ada siapa-siapa bah. Daddy pun tekan butang tutup. Tak lama selepas itu number-number dalam lif tu menyala. Seperti ada orang tekan. Tak lama selepas itu lif berhenti tingkat 3. Itu yang daddy lari guna tangga."

Saya hanya menganggukkan kepala dengar apa yang ayah saya cerita. Dan masa ini lah saya terbuka cerita yang mak saya kena rasuk.

"Mami hari tu kena rasuk" Ucap aku spontan.

Ayah saya masa tu terbeliak biji mata memandang saya.

"What?"

"Sorry daddy sebab tak bagi tahu. Bukan niat nak rahsiakan. Cuma tak nak daddy susah hati."

"Habis tu mami macam mana?"

"Mami tak ada apa-apa"

Tak lama tu devin call ayah saya sebab dia ada patient lain yang nak di tengokkan.

"Tak apa lah daddy, daddy balik lah dulu. Anne nak naik tengok mami." Ucap aku lantas bangun berdiri

"Tak apa. Malam ni kita berdua jaga mami"

Saya pandang ayah saya pelik.

"Kenapa?"

"Tak ada apa"

Ayah saya terus jalan. Saya tahu ayah saya tak akan balik selepas dia kena gangguan. Saya tersenyum lah dan beriringan dengan dia naik lif. Sampai saya dekat bilik mak saya, mak saya macam biasa. Tengah tidur. Saya cium pipi mak saya then saya duduk kat sofa dan akhirnya saya terlelap.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now