BAB 9

2.7K 118 14
                                    

Suasana yang senyap tadi tiba-tiba menjadi bising dengan suara kitaorang gelak. Boleh pulak si fara buat lawak di hujung-hujung cerita dia. Apo lah.

"Bongok lah kau ni fara." Ucap aku bersama sisa ketawa.

"Haha saja buat lawak. Okay mei. Your turn."

"Aik. Saya nak kena cerita lah ni?"

"Yelah. Fara kan dah cerita dua kisah seram fara. Sekarang mei pulak. Lepas mei dah cerita dua kisah mei, nanti fara cerita lagi"

"Haha! Yelah. Boleh lah. Tapi ni kisah pendek lah. Mungkin tak seram sangat."

"Tak apa. Mei cerita je.".

"Okay-okay. Ini kisah entah lah. Tak tahu nak agak yang tu hantu apa sebab dia berada disebalik cermin hitam yang berada di dalam wad kanak-kanak. Bermulanya kisah masa harraz masuk hospital disebabkan dia dijangkiti penyakit hepatitis B dan menyebabkan pusat harraz menjadi bengkak yang teramat sangat. Pada awal masuk tu memang saya dah rasa satu aura yang kurang menyenangkan. Tetapi disebabkan harraz sakit. Jadi nak atau tak nak kena lah nak. Hari pertama masuk dalam wad kanak-kanak tu memang tak ada berlaku apa-apa. Cumanya saya tak boleh tidur. Rasa seperti diri saya ni diperhatikan. Bila saya bangun tengok ke arah laluan ke tandas tu, tak ada apa-apa pulak. Tandas ni dekat dalam wad. Tetapi bahagian belakang. So tak apa lah. Hujung-hujung saya buat keputusan untuk tidur. Esok pagi tu macam biasa lah. Harraz kena cucuk. Habis bengkak kaki dan tangan dia. Bila hari ketiga harraz kena cucuk, saya jadi tak boleh tahan sebab dengar dia menangis teruk. Jadi saya pergi jumpa doktor dan tanya dia tak ada ke altenatif yang lain ke selain cucuk. Lama jugak doktor tu diam. Selepas beberapa minit doktor tu berdiam, doktor tu bagi
suggestion untuk bagi ubat secara manual. Saya pun tanya lah apa yang manual tu. Then doktor tu cakap bagi makan ubat kena ikut waktu yang ditetapkan. Saya pun tak fikir panjang dan terus bersetuju sebab saya tahu saya boleh buat. Lagi pulak saya ni jenis tak tidur malam. Jadi senang lah kan.

So nak dijadikan cerita lagi, malam tu saya berjaga untuk bagi harraz makan ubat. Dari saya duduk atas kerusi, saya bangun dan duduk atas katil sebab nak kejut harraz. Dan masa tu kedudukan saya, muka saya menghadap ke arah tandas. Tak ada apa lah tu kan. Tepat pukul 4am! Lepas saya dah kasi harraz makan ubat, tiba-tiba. Okay katil harraz ni dekat tepi tingkap. Sebelah tingkap ni ada satu bilik untuk budak-budak. Senang cerita bilik mainan untuk budak-budak lah. So tingkap dekat bilik mainan budak-budak ni jenis tingkap yang cermin dia hitam tau. Bila siang orang yang kat luar bilik ni tak boleh nampak dalam. Tetapi bila malam orang dalam bilik ni boleh nampak kat luar. Selalunya lampu dalam bilik tu memang tak tutup.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now