BAB 24

1.5K 83 0
                                    

Fara cepat-cepat ambil board nama dan check siapa patient kat bilik 10 ni. Yang membuatkan fara rasa macam tak guna tu bila fara baca kat board nama tu rupanya bilik 10 ni tak ada patient!! Ya allah masa tu hanya tuhan je yang tahu. Banyak kali tau fara tengok. Tertelan liur fara. Jari fara masa itu still tekan kat call bell tu. Masa tu tak ada suara lagi. Senyap dan sunyi. Tak lama tu tiba-tiba "nurseee". Kali ni suara itu seperti mengilai. Fara pun apa lagi terus fara off call bell itu dan lari ke pantry. Masa tu tangan fara menggigil teruk. Fara capai cawan dan tuang air. Fara ingat lagi one shot fara minum air. Tengah fara dalam keadaan macam itu, tiba-tiba fara teringat yang senior ada cerita bilik 10 sebelum ni ada patient perempuan, tetapi disebabkan keadaan dia semakin teruk, dia kena transfer kat ICU sebelum tu. Kebetulan pulak malam yang perempuan tu masuk ICU fara pulak cuti. Jadi kat sini fara tak tahu apa. Ya Allah fara rasa masa tu macam nak demam pun ada. Masih lagi terniang-niang suara itu kat telinga fara. Allah. Kejap-kejap fara masa tu tengok jam. Berharap subuh tu cepat sikit menjelma dah tak boleh nak tahan dah. Haha. So pagi tu selepas semuanya selesai, fara ada cerita kat senior sebelum nak balik. Mula-mula diorang tak percaya dan diorang boleh cakap yang diorang tak dengar pun call bell tu bunyi. Dah tidur mati bukan setakat call bell tu, bom atom jatuh sebelah pun belum tentu diaorang sedar. Apo!. Fara nak jugak yakin kan diorang yang fara tak tipu. Fara siap bersumpah bagai. Akhirnya baru diaorang percaya. Lepas balik tu, fara demam. Seminggu jugak lah. Bila fara shif malam je mesti akan rasa fobia. Tapi nak buat macam mana kan. Kerja tetap kena kerja jugak. "

"Aneh-aneh je diorang tak percaya. Tak kena dekat batang hidung sendiri boleh lah cakap kan. Ini kita yang kena." Ucap aku.

"Betul mei" Jawab fara mengiakan.

Aku memandang ke arah tania dengan iris.

"Tania iris tak ada pengalaman seram ke? Kalau ada share-share lah sikit"

"Tak ada lah mei. Kalau ada tak seseram mei dan fara."

"Tak apa. Janji ada pengalaman kan".

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now