BAB 32

1.3K 81 2
                                    

Kali ini penjelasan anita membuatkan jantung aku macam nak meletup. Aku terus turun dari katil anita dan melangkah menuju ke pintu. Nafas aku turun naik dengan laju. Hati aku tiba-tiba jadi sakit bila setiap butir bicara yang keluar dari mulut anita. Apa yang terjadi dulu tak akan mungkin aku lupa dimana aku di sihir. Disihir dengan begitu teruk. Sampai aku tak berdaya. Tubuh aku yang ada isi sampai tinggal tulang. Puas jugak aku pergi berubat dimerata tempat. Tetapi tetap sama. Sampai lah budi datang. Masa kejadian itu, budi tak ada disemenanjung. Budi di indonesia untuk selesaikan masalah dia dikampung. Budi sampai saja, budi terus ubatkan aku sampai aku pulih. Aku sihat. Lepas berubat, aku pernah bertanya siapa punya kerja, tetapi budi hanya mendiamkan diri. Tapi tak sangka. Sumpah Lillahitaala aku tak sangka. Kawan yang baik tikam belakang aku. Pedih!.

Aku melangkah ke arah katil anita. Besi katil di bahagian kaki katil aku pegang. Aku genggam sekuatnya.

"Apa salah aku?" Tanya aku memandang tepat wajah anita.

"Kau memang tak ada salah apa-apa pun j. Yang salah adalah aku. Aku dah bertaubat j. Maafkan aku j" Ucap anita. Kini bersama tangisan.

"Aku kawan kau tau tak. Aku baik dengan kau. Aku banyak tolong kau termasuk sekarang ni. Tapi kenapa duh anita."

Anita tersedu sedan di atas katil.

"Aku tahu j. Aku tahu! Maafkan aku. Sekarang aku dah dapat balasan dari ALLAH j. Kifarah. "

Belum sempat aku nak buka mulut, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi orang menjerit kuat yang teramat sangat. Aku berpaling ke kanan. Tak lama selepas itu aku berpaling ke arah anita semula. Anita menundukkan muka. Rambut anita yang melepasi mukanya membuatkan aku sukar untuk melihat.

"Anita?" Panggil aku.

Aku melangkah perlahan ke arah anita. Belum sempat tangan aku nak menguis rambut anita, nama aku dipanggil dari belakang.

"Mei!"

Aku terus berpusing. Fara tercunggap-cunggap menahan nafas. Aku terus menuju ke fara.

"Kenapa ni?" Tanya aku.

"Mei! Ada orang kena histeria."

"Siapa?" Tanya aku terkejut.

"Nurse jugak. Ninie nama dia."

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now