BAB 6

3.1K 144 1
                                    

Aku terus berjalan menuju ke wad yang anita ditempatkan. Tengah berjalan tu tiba-tiba aku terdengar bunyi orang bersiul. Aku memandang ke kanan lantas aku pandang belakang. Memang tak ada sesiapa. Tapi yang pelik siapa yang bersiul?

"Perasaan aku mungkin" Ucap aku sendirian.

Aku meneruskan perjalanan. Tiba-tiba.

"Mei!"

Aku berpaling sekilas selepas nama aku dipanggil.

"Sini lah!" Gamit fara.

Aku terus masuk dan melangkah menuju ke fara.

"Kenapa?" Tanya aku.

"Jom kita cerita hantu nak tak?" Tanya fara..

Aku berkerut dahi memandang fara.

"Serius?" Tanya aku.

"Yelah. Lagi pun bosan tak ada apa nak buat sekarang ni. Semua pesakit dah tidur."

"Oh. Boleh-boleh. Tapi bagi saya tengok anita jap. Nanti saya datang sini balik. 5 minit."

"Okay boleh mei. Cepat sikit tau!"

"Baik mek fara."

Aku terus meninggalkan fara dan menuju ke wad anita. Sampai sana anita masih lagi tak sedarkan diri. Aku membuka zip beg pinggang dan keluarkan gelang yang berwarna hitam lantas aku sarungkan dekat tangan kanan anita. Gelang itu bertujuan untuk pendinding. Selesai memasang gelang dekat tangan anita, aku terus melangkah ke wad sebelah dimana fara and the geng melepak. Aku terus duduk dekat kerusi yang sedia ada dekat sebelah kaunter.

"Okay kita nak mulakan yang mana?" Tanya aku.

"Okay mei dulu lah cerita."

"Macam tak best je. Apa kata fara je yang cerita dulu. Mesti ada kisah dekat hospital sini kan? Boleh tahan aura hospital ni"

Semua memandang ke arah aku dengan muka yang agak pelik.

"Macam mana awak tahu?" Tanya seorang nurse yang bernama tania.

Aku tersenyum dengan soalan tania tu.

"Main agak je. Kebanyakkan dekat hospital memang menyeramkan."

"Betul! Saya sokong awak" Ucap nurse yang lagi sorang.

Aku tergelak kecil. Aku terus mencuit lengan fara.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now