BAB 27

1.4K 90 1
                                    

Demi menyelamatkan insan yang tak berdosa, aku gagahkan jua untuk masuk semula ke dalam bilik tersebut. Masuk je aku kat dalam bilik tu, anita tak ada dekat dalam. Aku dah tak fikir dimana anita berada. Aku cepat-cepat capai troli yang ada baby tu lantas aku berpusing. Belum sempat aku nak melangkah ke arah diorang, tiba-tiba pintu tertutup dari dalam tanpa ada angin atau ribut. Rupanya anita berada dibelakang pintu.

"Heeehee. j"

Aku berdiri tegak. Cuba untuk mengawal rasa yang menyelubungi diri ketika itu. Aku memejam mata dan aku cuba mengingat kata-kata budi.

"Ketika kamu buka mata, ingatlah, ketakutan itu akan hilang. Kumpulkan segala kekuatan yang ada di dalam diri kamu bila kamu berhadapan dengan sesuatu yang kamu tak ingini seorang diri dan ingatlah ALLAH sentiasa melindungi kamu. Air delima ini sebagai pelindung diri kamu. Gunalah!"

"J... Hehehe." Bisik anita dekat telinga kanan aku.

Masa itu aku dapat rasakan nafas anita betul-betul dekat telinga kanan dan pipi aku.

"Kau takut j? Hehe" Bisik anita dekat telinga kiri aku pulak.

"Hehehe"

Ketawa anita kuat kedengaran dibelakang.

Didalam keadaan mata aku terpejam, aku keluarkan botol air delima didalam beg pinggang lantas aku membuka tudung botol tersebut. "ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM" Aku menghembus sebanyak tiga kali ke kanan.

"Takut ke? Heehee" Tanya anita lagi kat sebelah kiri aku.

Tanpa membuang masa, aku kumpulkan segala kekuatan aku, aku buka mata lantas aku berpaling kekiri.

"Aku tak perlu takut dengan syaitan macam kau!! Allahuakbar!!" Jerit aku lantas memicit botol air delima tepat kena ke muka anita.

"Argh!!" Jerit anita mengelupur kat atas simen.

Sisa air delima didalam botol aku terus tuang kat ubun-ubun anita membuatkan anita mengelupur lagi kuat.

"Arghhh!! Arghhh!!"

Tak lama selepas itu, satu kepulan asap memenuhi ruang dimana anita mengelupur tu lalu hilang bersama angin kipas didalam bilik tersebut. Aku melangkah perlahan ke arah anita. Lalu duduk di sisinya. Pandangan aku jatuh dekat perut anita yang penuh dengan darah.

"Fara!" Jerit aku dari dalam.

Perlahan-lahan pintu bilik berkuak dari luar. Tak lama kemudian terpancul muka fara dengan iris dekat depan pintu. Nurse yang lain dan pesakit yang lain berkerumun dekat depan pintu untuk melihat apa yang terjadi. Aku menghela nafas perlahan. Kepala aku sandar kan dekat kaki katil. Aku meraup muka dengan tapak tangan.

"Keluarkan budak tu" Pinta aku dengan nada yang perlahan. Tak lama kemudian.

Ting!!...

Aku buka mata dan memandang sekeliling. Kenapa suasana begitu asing bagi aku. Dari jauh aku melihat sesusuk tubuh berbaju putih dan bertongkat memandang ke arah aku. Wajahnya sangat bersih dan bercahaya.

"Pinta tanganmu"

Aku lantas menghulurkan tangan. Tak lama kemudian, tongkat yang dipegang oleh sesusuk tubuh berbaju putih itu diletakkan ditapak tangan aku.

"Ingat. Keistimewaan ini gunalah sebaik yang mungkin." Kata orang itu lantas hilang.

"J!"

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now