BAB 40

1.3K 83 0
                                    

"Sini tolong aku!" Ucap aku

Izuwann dan anuar datang dan mengangkat patient tersebut dan letak ke atas katil. Aku terus capai botol air delima dan melangkah ke arah budi lalu aku tuangkan air tersebut dekat tapak tangan. Selawat 3 kali dan aku sapu dekat muka budi. Gelas yang berada di tepi katil aku ambil dan menuang air tersebut didalam dan aku sua ke mulut budi. Tak lama selepas itu budi beransur pulih.

Aku mengerling jam dekat pengelangan sudah menunjukkan pukul 5.45. Sebentar lagi azan subuh akan berkumandang. Aku melangkah ke arah patient tersebut. Lalu mulutnya aku buka dan aku titikkan air batu delima ke dalam. Tak lama selepas itu, patient tersebut tersedar. Dia terkejut melihat aku izuwan dan anuar. Dia memberi pandangan yang pelik bersilih ganti. Aku hanya tersenyum melihatnya. Dia pulih

Aku izuwann budi dan anuar keluar dari wad c itu dan menunju ke wad-wad yang lain. Pesakit dan jugak nurse masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga kecuali ninie. Ninie masih lagi bersahaja duduk ditepi dinding dan tersenyum melihat kedatangan kami berempat. Budi meninggalkan kitaorang bertiga didepan pintu dan dia menuju ke arah doktor yang berdiri di kaunter nurse. Apa yang dibincangkan aku sendiri tak tahu. Tiba-tiba aku teringat pada anita.

"Kau okay j?" Tanya izuwann tiba-tiba.

Aku berpaling sekilas ke kanan. Aku menghadiahkan senyuman dekat izuwann lantas aku mengalih pandangan dekat depan. Angin meniup muka dan rambut aku membuatkan aku rasa segar.

"Aku okay. Cuma penat sikit. Badan sakit-sakit" Ucap aku.

"Halah! Macam tak biasa pulak kau!" Sampuk anuar.

"Hehe! Memang dah biasa" Ucap aku.

Setelah menunggu yang agak lama, akhirnya budi mengajak aku dengan yang lain pulang. Didalam kereta semua orang melayan perasaan masing-masing termasuk aku. Sesekali aku memandang budi disebelah. Mulutnya berkumit-kumit membacakan sesuatu. Tangannya lincah bermain biji-biji tasbih. Aku menghantar anuar terlebih dahulu diikuti oleh izuwann. Sampai saja diperkarangan rumah budi, budi masih lagi diam. Tak ada tanda-tanda untuk turun.

"Budi?" Panggil aku.

Budi hanya diamkan diri. Tak lama selepas itu budi berpaling memandang ke arah aku.

"Anita dah meninggal"

Aku tergamam. Terkejut yang teramat sangat.

"Bila?" Tanya aku.

"Dokter tak bagi tahu bila. Cuma dokter harap dapat hubungi waris anita."

Aku terdiam. Waris anita seorang pun aku tak kenal. Cuma aku tahu dia asal perak. Tempatnya aku tak tahu. Zufhal pulak entah kemana.

"Tak apa lah. Esok kita pergi hospital balik" Ucap budi lantas keluar dari kereta.

"Ye lah." Ucap aku.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now