BAB 37

1.3K 78 3
                                    

"Mei awak okay tak ni?" Tanya fara yang pelik melihat aku dalam keadaan macam itu.

"Tak okay." Ucap aku.

"Kenapa?"

"Saya dapat rasakan ada benda yang akan berlaku lagi. Lagi teruk dari yang sekarang ni." Ucap aku tanpa memandang ke arah fara. Mata aku tepat memandang ke arah ninie. Ninie memandang aku dengan pandangan yang tajam. Budi izuwann dan anuar selepas berubat ninie terus keluar dari wad c tu dan duduk dekat luar. Apa yang dibualkan aku sendiri tak tahu.

"Betul ke mei?" Tanya fara.

Aku berpaling ke arah fara. Muka fara terus berubah bila aku cakap macam itu. Aku menganggukkan kepala.

"Benda tu nak berlaku malam ni ke mei?" Tanya iris.

"Ye"

"Habis apa yang kita nak buat?" Tanya fara tak senang duduk.

"Entah lah." Ucap aku mengeluh. "Tak apa lah. Saya nak ke tandas kejap" Ucap aku terus melangkah menuju ke pintu. Sebelum tu aku sempat memandang ke arah ninie yang masih lagi dalam keadaan pandangan tajam memandang ke arah aku.

Aku terus berjalan melepasi wad-wad yang ada dekat bangun hospital tu. Sampai saja di wad c aku berpaling melihat patient yang diceritakan oleh iris. Memang benar. Dalam wad c tu hanya ada patient yang masih baring dengan mata yang terbuka. Aku terus masuk ke dalam wad tersebut dan melangkah ke arah katil tersebut yang terletak bersebelahan dengan kaunter nurse. Aku memandang sekeliling. Hanya patient tu saja yang ada. Pandangan aku jatuh ke muka patient tu. Tak bergerak langsung. Adakah patient tu dah mati Aku terus rasa nadi dia dekat pengelangan tangan dia. Masih lagi ada denyutan. Tetapi kenapa keadaan dia macam gini. Aku cuba untuk menutup mata patient tersebut. Tetapi bila aku raup dari mata sampai kehidung, bila aku angkat tangan, mata patient tu terus buka balik. 3 kali aku buat. 3 kali jugak berlaku benda yang sama.

Aku pun ambil keputusan untuk keluar dari wad c tu. Belum sempat aku nak melangkah, tiba-tiba kepala patient yang memandang ke atas terus terjatuh ke kiri. Mata patient tu tepat memandang ke arah aku. Aku memandang anak mata patient tu. Tak lama tu pandangan aku jatuh ke mulut patient tu sebab mulut dia bergerak-gerak. Seolah-olah cuba nak bercakap sesuatu atau tengah baca sesuatu sebabnya tiba-tiba aku rasa meremang. Suasana jadi seram tiba-tiba. Aku membengkokkan badan mengadap betul-betul ke muka patient tu. Supaya aku dapat dengar apa yang dia nak cakap. Tetapi sayangnya aku tak dengar apa-apa langsung. Aku pun terus tegakkan badan aku. Masa aku tegakkan badan, aku dapat rasakan ada sesuatu dibelakang aku. Sebabnya tiba-tiba bahu kiri aku terasa macam ada hembusan angin yang meniup. Aku berpaling sedikit. Hanya melihat guna hujung anak mata.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now