BAB 15

1.9K 87 2
                                    

"Saya pusing. Apa yang buat saya terkejut ialah, mak saya dalam keadaan duduk kat bahagian kaki katil dan mulutnya ternganga. Suara dia bunyi macam haaaaa gitu. Saya terus mengundur ke belakang. Yang saya tak boleh lupa masa tu muka mak saya berubah jadi cengkung. Padahal mak saya montel. Saya terus baca surah ruqyah. Tak lama tu mak saya tumbang jatuh dari atas katil. Dia mengelupur sampai katil tiang air apa semua tu berselerak. Mak saya waktu ni sakit tau. Tetapi kudrat dia nauzubillah min zalik. Kuat gila. Saya beberapa kali terlepas masa nak pegang kepala mak saya.

"Nurse! Tolong."

Saya berpaling ke arah nurse tu selepas saya panggil. Tapi nurse tu still tutup mata sebab takut.

"Nurse! open your eyes! Tak ada apa-apa pun. Tolong saya sekejap"

Selepas beberapa kali saya panggil nurse tu untuk tolong baru dia datang. Mungkin dia takut atau fobia.

"Apa nak buat ni?" Tanya nurse tersebut.

"Tolong buka laci tu dan ambil botol air dalam tu" Arah saya masa tu.

Nurse tu tak membantah. Dia terus bangun dan ambil botol air tersebut. Tapi malang nya.

"Saya tak boleh pegang! Panas!"

Saya masa ni mengeluh sedikit dan saya panggil nurse tu untuk pegang mak saya. Dia datang tetapi dia takut-takut nak pegang.

"Tak apa nurse. Saya ada. Jangan risau"

Saya bagi keyakinan dekat nurse tu akhirnya nurse tu pegang mak saya. Saya terus bangun dan ambil air kat dalam laci tersebut. Saya terus baca 3qul. Bila dah siap baca, saya siram dari ubun-ubun kepala mak saya. Tak lama tu mak saya mengelupur teruk. Lagi teruk dari sebelum tu. Pegangan nurse tu terlepas. Dan mak saya guling-guling sampai ke bawah katil. Tak lama tu mak saya senyap. Saya tolak katil tu betul-betul dekat depan pintu.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now