BAB 25

1.4K 88 1
                                    

Tengah aku dengan yang lain ralit berborak, tiba-tiba call bell berbunyi. Fara berpandangan dengan aku. Tak lama tu pandangan aku ke arah call bell tersebut. Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Waktu sudah menunjukkan pukul 4.05 am. Iris lambat-lambat untuk menekan. Tak lama selepas itu.

"Ye kenapa tu?" Tanya iris gugup.

"Sssshhhhhtttsshht"

Kitaorang berpandangan sesama sendiri.

"Jangan main-main. Kenapa tu?"

"Ssshhhtttttssss"

Aku berpaling ke arah fara.

"Fara cer tengok board nama tu"

Fara mengangguk kan kepala lantas bangun dari kerusi. board nama di capai. Tak lama kemudian fara berpaling ke arah aku. Aku hanya mengangkat kening.

"Anita!"

Mata aku yang nak redup terus terbuka besar. Aku terus bangun dan keluar dari situ. Aku berlari-lari anak diikuti oleh fara. Sampai saja dekat katil anita, anita masih lagi tidur. Aku terus masuk ke dalam wad tu dan berjalan ke katil anita lantas berpeluk tubuh.

"Betul ke nama anita?" Tanya aku mintak kepastian.

"Betul mei"

Otak aku masa tu jem sekejap. Kalau betul call bell tu dari anita, kenapa anita masih tidur? Hurm. Permainan apakah?

"Mei"

Aku berpaling ke arah fara.

"Fara nak pergi siapkan ubat ni. Nanti apa-apa hal fara ada kat kaunter nurse tau."

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Okay!"

Fara terus meninggalkan aku kat dalam wad. Aku tarik kerusi dan duduk dekat sebelah katil anita. Dekat sebelah katil anita ada orang. Didepan katil anita kosong. Sebelah katil kosong tu ada orang jugak. Masing-masing masih lagi tidur. Habis siapa? Mata aku berpaling kat katil kosong. Cadar berkeronyok sedikit seperti ada orang lepas duduk atau sebaliknya. Aku bangun dan menuju ke katil kosong tersebut. Serta merta bulu roma aku tegak berdiri.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now