BAB 36

1.3K 83 2
                                    

Tak tahu lah mungkin nasib dia nak kena dan dia pulak lalu kat depan patient myammar tu. Masa dia lalu dekat depan patient tu, mazura terus nampak benda tu tengah tersengih jelir lidah kat si mazura ni. Apa lagi. Terus kena histeria la. Yang si ninie ni pulak pergi berlari dekat belakang pintu kecemasan duduk bercangkung dekat belakang tu sorang-sorang. Lagi lah senang dia nak kena. Masa si mazura histeria tu, dia pergi dekat kaunter sambil tunduk muka. Lepas tu dia ketuk-ketuk meja kaunter tu dengan gunting. Gunting tu pulak yang tajam tu dekat atas. Kalau tersilap sikit tu confirm kena muka. Memang kecoh lah dekat wad 4c tu." Cerita iris panjang lebar.

"Kiranya nurse yang kena rasuk tu total 3 orang lah?" Tanya aku.

"Haah 3 orang. Yang dua tu doktor ada ubatkan. Si mazura dengan jm tu."

"Uish 3 orang eh. Fara ingat ke si ninie tu je"

"Itu lah tu. Habis tu kawan mei macam mana?" Tanya iris.

"Budi dah berubat dah dia. Entah lah saya macam confius." Ucap aku melangkah dan berdiri betul-betul depan kaunter nurse tu. Aku pandang ke kanan, ninie dah kelihatan sedar selepas kena ubat dengan budi. Suasana tiba-tiba rasa seram.

"Kenapa mei?" Tanya fara.

"Tak ada lah. Antara patient myammar tu atau anita yang punya. Sebab kena serentak tu."

"Kenapa dengan anita?" Tanya fara lagi.

"Saya baru dapat tahu yang dia ada benda."

"Uish. Serius lah mei?"

Aku hanya menganggukkan kepala. Memang rasa macam susah nak percaya. Tetapi aku kena percaya. Sememangnya aku percaya kerana benda ni ada disekeliling aku. Ketika itu jugak benda itu tengah bersorak kegembiraan. Apa yang gembira sangat tu aku tak tahu lah. Aku memandang wajah polos ninie. Pucat. Tak bermaya. Aku tahu rasanya kena rasuk sebab aku pernah kena suatu ketika dulu. Tak bermaya.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now