BAB 41

1.3K 82 4
                                    

Aku terus memandu dengan kelajuan yang sederhana. Masih lagi terbayang kata-kata terakhir yang keluar dari mulut anita. Sampai saja dirumah, aku terus baring di atas sofa. Akhirnya aku terlelap. Aku tersedar pukul 10.30 pagi itu pun aku dapat call dari budi. Aku terus bersiap dan aku memandu menuju ke rumah budi. Sampai saja di rumah budi, izuwann dan anuar tengah menunggu aku. Untuk ke hospital tersebut memakan masa setengah jam. sampai saja di hospital, budi terlebih dahulu pergi berjumpa dengan dokter. Aku hanya menunggu di luar. Dokter tersebut membawa aku dengan yang lain ke bilik mayat. Ramai aku lihat disitu. Mungkin ahli keluarga anita. Termasuk zufhal.

"Awak janna kan?" Tanya seseorang lelaki yang memakai baju putih.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Nah. Ini untuk awak" Ucap lelaki tersebut.

Aku mengambil sampul surat tersebut lantas aku baca disitu. Bait-bait kata yang terakhir dari anita.

"J, dari hati aku yang paling dalam, aku minta beribu-ribu kemaafan dari kau. Aku ingin pergi dengan aman. Aman menemui pencipta aku. Maafkan aku j. Maafkan aku j."

Aku mengesat air mata yang mengalir. Surat tersebut aku serahkan dekat izuwann yang dari tadi mengusap belakang aku supaya aku tenang. Aku melangkah perlahan ke arah peti besi yang menetapkan anita disitu. Lelaki yang memakai baju putih seakan memahami membuka peti besi tersebut dan menarik anita keluar. Kain putih yang menutup muka anita itu di buka. Aku mengusap dahi anita perlahan. Wajah hitam anita aku tatap.

"Seikhlas hati aku memaafkan kau didunia dan diakhirat. Pergi lah kawan dengan tenang." Ucap aku bersama air mata. Lantas dahinya aku kucup.

Aku tergamam. Mungkin ini satu keajaiban. Selepas perkataan maaf seikhlas hati yang keluar dari mulut aku, bibir anita tersenyum. Wajah anita yang hitam menjadi seputih putihnya kapas. Seorang wanita tua yang berdiri tak jauh dari aku terus menangis kuat.

"Allah!!. Ya allah ya tuhanku?" Jerit wanita tersebut.

Wanita tua itu terus dapatkan aku lalu dipeluknya aku sekuat-kuatnya. Sesekali ucapan terima kasih diberikan kepada aku.

"Terima kasih nak." Ucap wanita tua itu. Tangan aku digenggam.

Aku hanya menganggukkan kepala. Jenazah anita dikebumikan pada hari itu jugak. Aku budi anuar dan izuwann bersama dengan mereka untuk melihat anita buat kali terakhir. Cuma macam kenduri tahlil itu aku tak datang lah. Seminggu selepas itu hospital di bahagian ibu dan anak ditutup. Kecuali bahagian pesakit yang lain dibuka seperti biasa. Kisahnya hari itu lah. Sekarang ni aku tak tahu ada lagi ke tak hospital tu.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now