BAB 17

1.8K 92 0
                                    

Masa saya tengah naik tangga. Tangga ni sebelah dengan lif je. Memang dekat sangat. Tengah naik tu saya berpaling ke kanan. Niat hati nak tengok apahal ramai-ramai depan lif. Tetapi masa tu saya rasa khayalan saya kot. Saya perasan salah sorang yang berdiri kat lif tu tak ada wajah. Maksudnya tak ada mata tak ada hidung tak ada mulut. Kosong. Saya berhenti melangkah. Masa tu rasa macam "eh". Saya dengan perlahan berpatah balik turun satu anak tangga. Saya cuba intai sekali orang yang baju putih kat lif tu hilang. Ghaib!

Saya terus patah balik dan melangkah panjat tangga. Ingat ke nak naik lif dekat tingkat 2. Mana tahu tingkat 2 tak ada orang. Tetapi tekaan saya meleset. Tingkat dua pun sama. Penuh orang dan orang itu adalah orang yang sama saya nampak kat tingkat 1. Oh jeng kepala otak masa tu. Saya dah tak tengok dah. Saya terus naik lagi tangga sampai ke tingkat 3. Saya keluarkan kepala sikit dan jenguk dekat bahagian lif. Tak ada orang. Jadi tak apa lah. Saya tunggu je lah. Tengah saya tunggu-tunggu tu sambil tu saya main telefon. Tak lama tu lif terbuka. Saya terus masuk. Belum sempat saya nak tekan butang lif, saya ternampak ada orang berlari. betul-betul depan lif saya. Orang tu macam ayah saya. Saya terus cepat-cepat keluar dari lif. Orang tu lari lintang pukang turun tangga. Gaya larian, gaya rambut badan apa semua sebiji macam ayah saya. Saya terus kejar orang tersebut. Memang betul. Orang yang lari tu adalah ayah saya.

"Daddy!!"

Ayah saya berhenti berlari selepas saya panggil. Dia berpaling. Masa tu muka dia sumpah pucat.

"Daddy kenapa?"

Ayah saya tak cakap apa-apa. Dia terus tarik saya sampai kat kaki 5 hospital tu.
Saya ikut je lah tanpa apa-apa bantahan. Saya tak bertanya apa-apa. Saya pergi beli coffee dan saya biarkan ayah saya dalam beberapa minit. Biar ayah saya tenangkan diri dia dulu.

"Nah coffee"

Ayah saya mendongak pandang saya. Lama dia pandang saya. Pelik pulak rasanya saya masa tu. Coffee bertukar tangan. Saya terus duduk dekat sebelah ayah saya. Sesekali saya pandang ayah saya. Termenung je ayah saya. Kadang dia berubah kedudukan dia tu. Tak selesa atau sebaliknya. Bila dah 20 minit berlalu, saya terus bertanya.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now