BAB 21

1.7K 98 13
                                    

"Terjadi apa?"

"Masa nurse lelaki tu azan, ada satu aura macam satu kuasa yang kita memang tak boleh dilihat oleh mata kasar menolak lelaki tu kebelakang. Dan disebabkan itu jugak saya tahan belakang nurse itu supaya dia tak berhenti melaungkan azan. Bila azan dah habis berkumandang, mak saya yang bercangkung tu jatuh ke atas katil. Tapi ayah saya sempat sambut kepala mak saya dari terkena besi kaki katil. Nurse lelaki tu terduduk kat tepi sofa. Tak berdaya tengok gayanya. Saya pandang muka dia. Hidung dia keluar darah. Saya capai cawan dan saya tuang air botol tu dan kasi nurse lelaki tu minum. Sebelum tu saya mintak dia selawat 3 kali. Selepas itu saya uruskan mak saya. Alhamdulillah mak saya okay pada malam itu. Devin memang tak mampu buat apa-apa dah."

"Mei. Nak tanya sikit boleh tak?" Tanya tania.

"Tanya lah."

"Kenapa ayah mei tak azan kan?"

Aku tersenyum. Lantas berpaling ke arah fara. Aku membetulkan duduk.

"Sebab ayah saya non muslim. Dalam keluarga saya, saya sorang saya yang muslim. Di sebab kan itu jugak lah allah bagi saya banyak kelebihan."

"Oh i see. Sorry mei"

"Eh sokey."

"Okay lepas tu mei?" Sampuk fara.

"Selepas kejadian malam itu, ayah saya nak mak saya keluar dari hospital itu secepat yang mungkin. Kalau boleh ayah saya nak mak saya keluar pagi itu jugak. Tetapi doktor tak benarkan. Kalau petang, kemungkinan boleh keluar tetapi kena tengok jugak kesihatan mak saya okay tau tak dibenarkan pulang. Pagi tu mak saya lesu sangat. Saya risau takut mak saya kena tahan lagi. Last-last saya call budi mintak budi datang. Budi dekat kuala lumpur masa tu. Saya pulak dekat sabah. So budi nak datang tu mungkin makan masa sedikit. Jadi nak tak nak masa tu kena tunggu dan bertahan lah. Alhamdulillah mungkin allah ni nak melancarkan perjalanan hamba-hambanya, budi sampai secepat yang dijangka. Selepas budi berubat mak saya, petang tu mak saya boleh dibawa pulang.

"Uish. Alhamdulillah lah mak mei boleh keluar. Kalau tidak mesti banyak yang berlaku." Ucap fara.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tanda mengiakan.

"Budi tu siapa?" Tanya tania

Aku membetulkan duduk. Kebas weh.

"Budi tu pekerja ayah saya plus penjaga adik-adik saya kalau adik saya turun kL."

"Oo. Okay! Habis tu tak ada ke siapa-siapa bagi tahu puncanya dari apa? Dari siapa?" Tanya tania.

"Ada. Budi ada bagi tahu selepas balik dari hospital. Dan devin pun ada bagitahu jugak."

"Budi cakap apa?" Tanya fara.

"Budi cakap dulu ada satu kisah dimana bilik yang mak saya ni ada seorang perempuan nurse bunuh diri. Mungkin lah putus cinta atau sebaliknya. Wallahualam. Dan rohnya tak tenteram. Devin cerita pulak. Sebenarnya bilik tu dulu di tutup. Tak ada siapa dibenarkan masuk. Bila hospital tu dah dibaiki dah baru, makanya diaorang buka balik bilik tu. Dan beranggapan tak ada apa-apa yang berlaku. Pernah jugak terjadi dekat pesakit-pesakit yang lain tetapi nurse yang menjaga ditingkat 5 tu hanya pejamkan mata dan pekakkan telinga.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now