BAB 34

1.3K 83 0
                                    

"Dia tuanku. Dia tak mampu untuk jaga aku. Tetapi aku perlukan dia" Ucap anita dengan suara yang garau.

Aku berpaling ke arah fara. Kami berpandangan sesama sendiri. Antara terkejut dan pelik menjadi satu. Bermakna?

"Kamu kena ingat, kamu dengan dia berbeza dunia. Keluar dari badan dia!"

"Aku lapar! Aku haus"

"Keluar dari badan dia atau kau! Aku bunuh!" Jerkah budi.

"Heeheehee" Anita gelak dan berjalan ke arah budi. Lalu lengan budi digenggam kuat.

Badan budi kelihatan berkeriuk menahan sakit.

"Allah!" Jerit budi. Tak lama selepas itu budi libas angin mengunakan tasbih. Tangan anita terlepas dan anita mengundur kebelakang.

"Kamu semua baca 3 qul serentak" Pinta budi.

Kitaorang hanya menganggukkan kepala. Bermulalah aku dengan yang lain baca 3 qul.

Budi terus membaca surah.

"Auzubillahminashaitannirajeem bismillahirrahmanirrahim.
Alif lam min.
Zalikal-kitabu la raiba fih hudal lil-muttaqin. allazina yu minuna bil-gaibi wa yuqimunas-salata wa mimma razaqnahum yunfiqun. Wallazina yu minuna bima unzila ilaika wa ma unzila ming qablik wa bil-akhirati hum yuqinun.
Ula ika ala hudam mir rabbihim wa ulaika humul-muflihun. ALLAHUAKBAR!!" Jerit budi lantas menghayunkan tasbih ke arah anita.

"Arghhhh!! Arghhh!!! Panas!! Panas!" Jerit anita sambil menarik-narik rambut.

Pak budi melangkah mendekati anita lantas pak budi bercangkung didepan anita yang masih lagi dalam keadaan mengelupur.

"Masih lagi tak nak keluar dari badan perempuan ini?" Tanya budi.

Anita hanya menggelengkan kepala.

"Baiklah! Izuwann, anuar sini" Panggil budi dengan lantang.

Aku berpaling memandang izuwann dan anuar. Tak lama tu diaorang melangkah ke arah budi. Lalu tangan anita dipegang ketat. Kepala anita dipegang oleh budi. Muka anita masa itu memang amat menyeramkan dan bahasa yang keluar dari mulut anita aku sendiri tak faham. Macam bahasa siam pun ada. Tak lama tu budi bangun berdiri lantas mengibas tasbih ke badan anita. Disebabkan itu, anita mengelupur lagi teruk dari sebelumnya.

"Arghhh! Arghhh!"

Tak lama selepas itu anita tak sedarkan diri.

"Angkat dia" Pinta budi.

Anita diangkat dan diletakkan ke atas katil. Aku hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa. Kenyataan yang tak mampu aku hadam sampai bila. Budi berdiri didepan aku.

"Ayuh! Ada lagi" Ucap budi.

Aku dengan yang lain-lain terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Sampai saja di wad sebelah, nurse yang bernama ninie masih lagi dalam keadaan kena histeria. Budi terus berubat ninie tu. Aku fara melangkah ke arah kaunter nurse dan berdiri disebelah iris.

"Apa yang sebenarnya berlaku?" Tanya aku.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now