SHEM2 - 1

4.2K 139 34
                                    

Perkarangan dataran Universiti dipenuhi oleh Mahasiswi dan Mahasiswa yang bakal mendapatkan sekalung ijazah setelah menamatkan pengajian

" Mummy , Afiq tak datang ? "

Perubahan riak wajah Che Puan Jia membuatkan Syahirah ikut bersedih kerana suaminya tiada sewaktu hari bersejarahnya , setelah bertungkus lumus menamatkan pengajiannya namun suaminya tiada . Jubah convo di tubuhnya ditarik perlahan sambil memaksa diri untuk tersenyum , badan Asher di dukung lalu memeluk kejap anaknya sebagai kekuatan buat diri nya diikuti oleh Rafi . Baginya nyawa dan cinta suaminya bersemi di tubuh kedua anaknya hingga keduanya melengkapi kekurangan hidupnya .

" Mungkin husband kamu ada urusan kerja yang tak boleh dielakkan , kamu dah cuba call atau chat dia Sya ? " Soal Che Puan Jia kembali

Telefon yang tergenggam dilihat kejap , tiada panggilan masuk atau mesej dari suaminya .

" Sya , mama mintak maaf . Mama dah try call Afiq tapi dia tak angkat "

Puan Sofea pula cuba memujuk menantunya agar tidak bersedih kerana ketidakhadiran Afiq , jikalau anak nya datang pasti dia akan menarik telinga Afiq sampai putus !

" It ' s okay mama .. Sya faham ,dia busy .. " Ucap Syahirah separuh mengalah walau jauh di sudut hatinya terasa dengan sikap Afiq yang memungkiri janjinya.

Empat orang lelaki kemas berkemeja serba hitam diyakini adalah pengawal peribadi Afiq menghampiri Syahirah sebelum membungkuk badan sebagai tanda hormat kepada gadis tersebut .

" Queen , kami ada berita untuk disampaikan "

Hatinya mulai tidak tenang , adakah ketidak hadiran Afiq disebabkan sesuatu perkara buruk yang telah berlaku . Baru hendak dimulakan langkah pengurus dewan utama convo sudah memanggil semua mahasiswa dan mahasiswi untuk masuk kedalam dewan .

" Lepas majlis jumpa i " beritahu Syahirah sebelum masuk kedalam dewan bersama orang tuanya iaitu Tengku Ray dan Che Puan Jia . Bahunya di pegang oleh Tengku Ray seakan memberi semangat , bibirnya dipaksa untuk senyum seraya mengangguk kepala .

Diakhir perjalanan majlis , keenam canselor bangkit seakan menyambut kehadiran tetamu kehormatan . Pada awalnya Syahirah tidak memberi fokus namun tatkala suara seseorang yang memanggil namanya seakan sedang membelai gegendang telinganya , kepala Syahirah tertolak ke atas.

" Mengumumkan ketibaan Yang Amat Mulia Tengku Afiq Marteen Tengku Dharman Halamsyah Ibni almarhum Al-Mustafa bilal Halamsyah , Patik mewakili seluruh tetamu di majlis berbahagia ini mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kejayaan Yang Amat Mulia Tengku Aurora Ae - ri Tengku Ray Al-Iman .. Tahniah Tengku Aurora dan kejutan ini adalah untuk Tengku Aurora khas dari suami Tengku "

" B-iey .. Ya Allah .. Mana aku nak sorok muka ni ! "

Maira yang duduk di sebelahnya tergelak

" Eh , jangan sorok muka lah ! Tu encik husband awak nak berucap ! "

" Pertama sekali , saya sangat berbangga atas kejayaan cemerlang isteri saya . Saya kenal dia .. Dia adalah satu sosok wanita yang sangat kuat dan sentiasa menjadi inspirasi kepada saya untuk berubah dan menjadi lebih baik . Sayang,. I Love you so much .. and i proud with you "

Syahirah cuba menyorokkan senyuman namun gagal tatkala melihat suaminya yang berdiri di atas pentas , secara spontan dua orang rakan baiknya yang berada disampingnya menyerahkan bouquet bunga kepadanya. Dewan menjadi gelap namun wujud tulisan di skrin

CONGCRATS MY PRETTY TENGKU AURORA AE-RI , MAY ALLAH BLESS YOU HONEY . I LOVE YOU .. FROM YOUR HUSBAND TENGKU AFIQ

Afiq .. Afiq .. tidak pernah gagal membuatnya tersenyum sendiri , tangannya seakan di tarik seseorang untuk bangkit . Wajah tampan suaminya menghiasi ruang matanya , senyuman lelaki itu semakin membuatkan hatinya berbunga bahagia .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora