SHEM2-22

652 59 7
                                    

   Kisah misteri kewujudan Tok Arip masih menganggu fikiran Syahirah walhal sedang menjalankan tugas sampaikan fokusnya sering kali terganggu . Hatinya tertanya-tanya siapakah ' orang ' atau ' sosok ' dibalik lelaki tua bernama Tok Arip andai benar yang aslinya sudah meninggal dunia , tak berani hendak dibangkitkan isu ini kepada Akhmal memandangkan lelaki itu sendiri terbeban dengan beban kerja disamping perlu menyiapkan persiapan persalinan Khalisah .

' Tak mungkin lah yang datang roh dari orang meninggal ... Aisyh , apa pula yang tengah jadi ni sebenarnya ? '

Ditengah jalan buntu dalam pemikiran Syahirah dia dikejutkan dengan kedatangan seorang nurse berketurunan india , dia tampak kalut dan sampai termengah - mengah dikala berusaha menarik nafas .

" Eh , Tava ?  What wrong ? "

Tava meneguk air liur sendiri sebelum menarik - melepas nafas dengan lebih teratur , bukan niatnya mengejutkan Syahirah seperti ini tapi mereka mempunyai kes kecemasan . Memandangkan pada hari ini ramai doktor yang tiada untuk bertugas kerana mengikuti kursus hanya ruang pejabat Syahirah sahaja paling dekat untuk dia pergi

" Doktor Sya , maafkan saya ... Tap kita ada kes kecemasan ! Ad-a seorang bayi sedang demam panas dan lelaki tua yang alami kejang - kejang macam sawan ! . Doktor Maira minta saya panggilkan doktor untuk bantu dia ... Kami dah cuba untuk kawal situasi tapi semakin teruk ! "

Tak menunggu lebih lama Syahirah mengajak Tava keluar menuju ke ruang pesakit , kelihatan beberapa ahli keluarga mengerumuni pesakit yang sedang alami kejang dan tidak henti - henti meraung sampaikan Maira terlihat sangat tertekan dengan situasi semasa .

" Nurse , minta ahli keluarga keluar . Now ! "

Terbuntang mata Syahirah melihat lelaki tua itu sedang mengetap sudu di gigi , lekas dikeluarkan lalu melihat kebelakang .

" Siapa yang pandai - pandai masukkan sudu dalam mulut patient yang alami kejang - kejang ?"

Semua yang ada dilihat sekilas pandang oleh Syahirah sebelum diletakkan atas meja berdekatan , kesemua pelajar jururawat yang ada di minta untuk menjauhi pesakit untuk memberikannya ruang untuk bernafas . Keadaan kembali menjadi normal , Maira dan Syahirah menarik nafas lega .

" Sekali lagi saya tanya , siapa yang masukkan sudu dalam mulut patient ?! " Soal Syahirah dengan nada meninggi .

Seorang jururawat lelaki lingkungan usia 20-an mendekati Syahirah dan mengatakan bahawa dia yang memasukkan sudu untuk mengelakkan lelaki tua itu mengigit bibir atau gigi sendiri sampai mendatangkan luka .

Tengah dahi Syahirah urut

" Awak nak elakkan dia dari luka ? Adakah awak berfikir risiko kalau sudu ni termasuk dalam tekak dia waktu dia tengah kejang - kejang ?! Lagisatu , awak student medical mesti awak tahu patient yang alami sawan memerlukan pengudaraan yang baik ... Tak sepatutnya awak biarkan ahli keluarga berkerumun dan menyebabkan stress oleh pesakit ! "

Tergeleng kedua doktor muda itu

" Sudahlah , selebihnya uruskan dia . Saya masih ada pekerjaan lain "

Tak sempat Syahirah masuk kedalam pejabatnya secara mengejut lengannya digenggam oleh seorang nurse .

   " Ada patient yang alami demam panas doktor ! Tapi - ... Family nya berkeras pakaikan anak diaorang pakaian tebal ! Kami dah pujuk tapi dia tetap berkeras nak selimutkan anak dia ... Kitaorang risau badan budak tu makin panas and terkena sawan ! "

Syahirah mengikut langkah nurse menuju ke ruang lobi , terlihat seorang ibu muda yang mengendong seorang bayi berserta seorang wanita berusia lingkungan 50-an . Keduanya terlihat resah apabila bayi yang dibawa bersama tidak henti - henti merengek dan suhunya tetap tinggi .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now