" I tak setuju kalau you nak jadi umpan untuk misi kali ni ! "
Afiq tak lagi menahan apa yang ada di benaknya dikala itu , dia cuma ingin isterinya tetap dirumah dan membiarkannya bersama pekerja mereka melaksanakan misi . Dia tak rela andai terpaksa melihat isterinya perlu melakukan sesuatu yang membuatkan dirinya terimbau kisah silam .
Syahirah tak berikan fokus pada sang suami sebaliknya dia menilik penampilan di balik cermin
" Apa you ni ? " Balasnya dengan nada sikit tinggi barangkali rasa rimas didesak Afiq tambahan tatapan matanya yang tajam buatkan Syahirah tak senang duduk .
Afiq diam sejenak
" You tak dengar ke apa yang i cakap ? I tak suka you ikut misi kali ni ! Kenapa you beria nak jadi ' call girl ' ?! I ni miskin sangat ke sampai tak boleh upah orang lain ? Kenapa mesti you ? Jawablah ! " Bibit - bibit pertengkaran antara pasangan itu mulai terbit " Diao-"
Syahirah mula hilang sabar , benar dia sendiri memilih untuk menjadi umpan tapi dia memiliki alasan tersendiri . Akal warasnya masih berfungsi dengan baik ! Gilakah dia untuk meletakkan diri sendiri dalam situasi seperti itu ?
" Before you nak kata i beria ... I nak ingatkan u satu hal tak ada satu perempuan yang dilahirkan kedunia ini untuk menjadi hamba abdi nafsu seorang lelaki , I buat semua ni bukan untuk duit , bukan juga untuk nama ! Tapi demi maruah semua mangsa yang diculik and dijual ! Biey you kena ingat , suatu masa dulu i pernah berada diposisi tu ! Sakit ! Hina ! Jijik ! "
Dihujung ayat Syahirah terbuai emosi , dirinya rasa bertanggungjawab menyelamatkan kesemua mangsa yang bakal dilacurkan ke rumah - rumah pelacuran / kelab malam / pelayan VVIP . Dia tidak mahu ada lagi gadis yang dipermainkan maruahnya .
" Fikirkan semula biey , macam mana ketakutan diaorang dekat sana . Gelapnya dunia diaorang . Kelamnya masa depan diaorang . Bagaimana manusia durjana mengambil kesempatan dalam kesempitan situasi itu ? Bayangkan , yang ada disituasi diaorang adalah Elisya ! Adik kesayangan you . Mama ? Lidya ? or maybe i ?Fikir kan semula dengan pemikiran yang jernih "
Afiq diam sejenak mencerna perkataan yang dilontarkan oleh Syahirah , nak tak nak Afiq mengiyakan saja perkataan sang isteri tanpa berniat memperdebat lagi jurang perbezaan pendapat antara mereka berdua .
Serba salah hati Syahirah bila melihat awan mendung di wajah sang suami , tangannya pelan mencengkam bahu Afiq
" I janji , ni kali terakhir i sertai misi . Lepasni , kita akhiri semua ni yea ? " Syahirah berikan jaminan ini lah kali terakhir dia melibatkan diri dalam kancah jenayah , dirinya sudah cukup letih menjadi buruan musuh bahkan dia seakan berdiri di ambang maut . Diamati dalam - dalam seraut wajah jelas terpampang kerisauan dan ketidak relaan .
Kini Afiq sudah bangkit berdiri berdepan dengan gadis paling dicintainya , Tengku Aurora Ae - Ri . Manakan lagi di pelusuk dunia ini bakal dia temui gadis sesempurna isterinya ? Ditarik merapat pinggang ramping itu lalu haruman lavender menerpa ronggan hidungnya , dipejam mata seketika menikmati haruman itu sebelum menatap tepat kedalam anak mata milik Syahirah .
" I sentiasa bersama dengan u , itu janji i "
Pandangan mata Syahirah hala pada Afiq , benarkah ini sebuah janji yang bakal dikotakan atau hanya sebuah ... Janji ?
Jari kelingking Syahirah dipaut dengan jari kelingkingnya sendiri seakan membuat janji , walau sesaat tak kan dibiarkan Syahirah berada dalam kesulitan . Tak akan ... Dahi isterinya pula jadi sasaran ciumannya , pelukan makin dipererat dengan harapan saat indah ini kekal abadi .
Kesemua gadis berpakaian saree mendedahkan perut dengan hiasan kepala duduk menanti lelaki hidung belang berpusu - pusu masuk ke ruang utama , tarian bollywood dipersembahkan istimewa sempena hari kelahiran ketua mereka . Tak kurang juga disitu termasuk Syahirah yang mulai menjalankan misi nya untuk menyelamatkan adik musuhnya , hanya ekor mata nya melirik ke setiap wajah . Ada beberapa orang dikenalinya kerana mereka antara anak buahnya .
ВИ ЧИТАЄТЕ
SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]
Жахи[ 2022 ] : SHEM S2 Kejadian mistik menimpa keluarga Tengku Afiq hingga memaksa Syahirah untuk merungkai segala rahsia dan masa silam untuk mendapatkan jawapan dibalik segala gangguan . Pengkhianatan , kisah silam kelam kembali terungkai memburu pas...