SHEM2-14

533 54 17
                                    

Pemergian Puan Sarimah berdampak buruk terhadap Syahirah , emosinya tidak stabil . Kadangkala dia mengurung diri untuk bersendirian kadangkala dia bakal memarahi setiap orang yang ada di sekelilingnya terutamanya kedua anaknya yang semakin banyak kerenahnya . Dalam situasi tersebut Rafi lah yang menerima akibat paling teruk dari kemarahan Syahirah kepada mereka berdua kerana dia anak sulung dan perlu menjaga Asher sebaik mungkin . Kejadian ini terulang hingga malam tahlil arwah yang terakhir , malam itu ... Semuanya mengubah takdir kehidupan mereka dan yang dipertaruhkan adalah peluang hidup atau mati .

  Sepanjang perjalanan menuju ke bilik tidurnya kesemua orang yang ada di sekelilingnya bakal diomeli kerana pada mata kasar nya ada sahaja kesalahan mereka , mengerti dalam keadaan berbadan dua dan tekanan yang dirasai oleh Syahirah kesemuanya hanya meneruskan pekerjaan yang tergendala .

" Semua tak faham nak buat kerja ! Semua tak boleh nak buat , ni apahal kau tercanggak sebelah aku macam orang tak ada akal ? " Herdik Syahirah apabila Haris berdiri dekat sebelahnya , di tangan lelaki itu terdapat bungkus merah berisi bubur ayam yang dipesan oleh Afiq untuk kakaknya itu . Katanya Syahirah hilang selera makan dan ingin menyantap bubur ayam sahaja .

Dengan tenang lelaki itu berbicara " Abang Fiq suruh aku belikan kau bubur ayam , nah ... Ni makanan kegemaran kau waktu kau demam ... "

Syahirah mengurut tengah dahi dengan rasa amarah yang semakin memuncak , niat baik Haris sudah disalah erti kan olehnya .

" Afiq yang suruh kan , bukan aku ? Kau kenapa pandai - pandai nak belikan makanan untuk aku ! Kenapa ? Sebab aku mengandung ? Aku tak boleh nak pergi sendiri ? Kau fikir aku ni beban hidup kau ke ? " Badan Haris sampai didorong kuat hingga lelaki itu tersandung kebelakang , Akhmal yang baru pulang bersamanya terkejut apabila si adik hampir melanggarnya .

" Eh Ris ? Kau kenapa ? " Tanya Akhmal , aneh . Pandangan matanya dihalakan ke arah Syahirah , riak wajahnya terus berubah bahkan tanpa berkata apa tangan adik nya itu ditarik kasar untuk mengikutnya . Segala cemuhan dan makian yang keluar dari mulut Syahirah tak diendahkan kerana dia hanya memiliki satu niat , melepaskan apa yang telah masuk ke dalam tubuh Syahirah tanpa dia sedari . Dia sudah menjangkakan hal ini bakal berlaku , segera dipanggil Afiq untuk membantunya menahan Syahirah dari lari keluar rumah .

Mulut Akhmal terkumat kamit membaca ayat kursi serta beberapa surah pendek , mukanya diangkat menatap tepat ke anak mata milik Syahirah yang hampir tak kelihatan .

" Kau lepaskan aku lah bodohhhhhhhh " Teriak Syahirah , namun yang didengar oleh orang sekilingnya bukan suara milik Syahirah tapi yang lebih tepat suara garau milik seorang lelaki tua .

Urat hitam terserlah dari tengkuk dan sekitar tangan Syahirah , bahkan rambutnya sampai mengerbang ke atas . Pandangan matanya liar memandang orang sekelilingnya , telinganya sakit dan tubuhnya panas mendengar ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Akhmal . Badannya dipaksa untuk duduk dilantai sekaligus melawan suaminya yang bertindak memegang tangannya hingga sulit dia meloloskan diri .

" Istifar sayang , istifar " Pujuk Afiq agar isterinya kembali pulih , dia rasa keadaan Syahirah berkaitan dengan kejadian malam pengebumian Puan Sarimah .

" Ouw , tk pe . Biar aku ambil . "

Syahirah menawarkan diri untuk mengambil barang di belakang rumah setelah melihat adik - beradiknya yang lain sibuk menguruskan persiapan untuk tahlil arwah .

" Eh , tak payah lah Sya . Biar aku pergi ambil . Dah nak malam ni ... Tak elok kalau kau keluar bila dah nak dekat waktu senja . " Tegah Shin dan bersedia untuk bangkit dari kerusi yang didudukinya namun Syahirah tetap bertegas ingin pergi sendiri dengan alasan masih ada orang diluar sana dan keadaan tidak terlalu gelap untuknya ke sana .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora