SHEM 2 - 11

780 82 13
                                    

  Afiq bergegas pulang ke rumah apabila mendengar isterinya terpaksa pulang ke rumah lebih awal kerana keadaanya yang tidak stabil , untung ahli keluarganya tiba terlebih dahulu jadinya dia tidak terlalu mengkhuatiri keadaan Syahirah kerana yakin orang tuanya akan merawat isterinya dengan sebaik mungkin .

   " Sayang ? Eh you okay ? Sayang ... " Kalut benar Afiq dibuatnya apabila isterinya terduduk kembali di katil dalam keadaan mengejut bahkan wajahnya terlihat sangat pucat

" Kak Sya pening " Beritahu Elisya agar abangnya tidak mengasak kakak iparnya dengan soalan kerana keadaan Syahirah terlihat sangat lemas untuk menjawab soalan dari orang sekelilingnya .

Tidak berpuas hati dengan jawapan Elisya , Afiq mulai mendekati isterinya

" Sayang , jawablah ... Kenapa ni ? Tak sihat ? Nak pergi klinik ? "

   " Orang nak muntah ... Sana " Tangan Syahirah menolak tubuh Afiq agar menjauhinya namun lelaki itu enggan mengalah sampaikan emosi nya tak tertahan dan mulai melempiaskan amarah kepada Afiq " Orang kata sana ! Sanalah ! Tak faham bahasa ke ? " Bentak Syahirah kegeraman dalam keadaan dibantu Elisya untuk bangkit dari katil , keadaanya terlalu lemah hingga perlu berpaut kepada adik iparnya .

Tengku Dharman memaut pelan bahu anaknya sembari menenangkan Afiq yang masih dalam keadaan terkejut di tengking oleh Syahirah seperti itu , mereka semua tahu Syahirah bukan orang yang pemarah mungkin kerana pembawaan anak dalam kandungannya membuatkan dia sangat sensitif dengan keadaan sekeliling hingga sulit mengendali amarah

" Sya tak sengaja tu ... " Pujuk Tengku Dharman agar situasi hati Afiq lebih baik berbanding tadi . Diajak anak lelaki nya itu untuk keluar , mereka sekeluarga bergegas datang ke rumah anak menantu setelah menerima panggilan dari Kai yang memberitahu Syahirah terlihat sangat lemah namun tetap berdegil enggan menurut siapa melainkan mereka datang ke sana .

Selang 10 minit Elisya keluar dari bilik tidur abang dan kakak iparnya lantas memberi isyarat kepada Afiq untuk bertenang , Syahirah perlukan rehat yang cukup bahkan anak - anaknya sahaja tidak berani masuk kedalam buat menemui nya kerana dikhabarkan Syahirah bukan sahaja memarahi pekerja dirumah bahkan sampai memarahi Rafi dan Asher secara bersamaan .

" Kak Sya tengah rest , abang tak perlu risau ... Tadi Elis call kak Maira . Katanya kak Sya tak berapa sihat jadinya mungkin itu punca emosi tak terkendali ... Lagi satu kak Maira pesan biarkan Kak Sya rehat and kalau condition makin teruk terus hantar ke hospital "

   Tepat jam 9 malam , seluruh ahli keluarga Afiq meminta diri untuk pulang bahkan Rafi dan Asher ikut bersamaan untuk bermalam di rumah keluarganya . Setelah difikirkan kedua anaknya hanya bermalam di rumah ahli keluarganya maka Afiq mengizinkan keduanya kesana dan berjanji akan mengambil mereka pada keesokan hari atau menghantar driver untuk menjemput keduanya . Pintu bilik tidur ditolak perlahan lantas Afiq mengintai kedalam , tampaknya Syahirah masih ketiduran . Kakinya ditapak menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk isterinya .

  " Sayang , wake up " Lengan Syahirah ditepuk lembut buat membangunkan gadis itu namun tiada balasan , dulang berisi semangkuk bubur ayam dan air kosong diletakkan di atas meja berdekatan katil . Tapak tangan didaratkan ke dahi isterinya sebelum segera ditarik balik , panas !

" B - iey " rengak Syahirah dalam keadaan tubuh terasa sangat lemah bahkan dia tidak mampu untuk bangkit dari katil buat menuju ke bilik mandi dengan tujuan memuntahkan isi perutnya . Alahan kehamilannya kali ini  terasa sangat teruk bahkan tubuhnya sangat lemah dibanding sewaktu hamil anak pertamanya .

Khuatir dengan keadaan isterinya , badan Syahirah disandarkan pada penyandar katil dan mengenggam kejap tangan isterinya . Wajah pucat lesu isterinya benar - benar meruntun jiwanya , ini lah perjuangan terbesar seorang isteri untuk suaminya tatkala perlu bertahan didalam kesakitan sewaktu mengandungkan zuriat mereka . Elusan dipipi Syahirah dikerapkan

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt