SHEM2 - 4

952 91 32
                                    

  Tepat jam 2 pagi , Syahirah terbangun kerana perutnya berkeroncong minta diisi . Sejak dia mengandung seringkali dia terjaga pada waktu malam kerana kelaparan , tatkala melihat kesisi Afiq sedang nyenyak ketiduran dalam keadaan memeluk badan Rafi terus sahaja dia membatalkan niat untuk membangunkan suaminya . Di turun dari katil dengan perlahan untuk memastikan anak-anak dan suaminya tidak akan terjaga kerana kebisingan yang dia lakukan , pintu ditolak perlahan dan terlihat Akhmal sedang duduk sendirian di dapur .

" Mal ? Asal kau tak tidur lagi ? Dah pukul 2 ni .. Tak akan lah termenung terfikir kekasih hati kot ! "

Bahu Akhmal sampai ternaik sesaat bila ditegur oleh Syahirah dari arah belakang , lamunan yang membuatkan dia terbuai dalam pemikirannya sendiri terhenti serta merta

" Lah , kau rupanya ! . Aku ingatkan siapa . Tak lah , saja duduk dekat sini . Aku .. Aku tak boleh tidurlah Sya .. Aku teringat arwah ayah .. Kalau dia masih ada mesti dia gembira tengok aku bakal bersanding nanti ... Bila aku fikirkan soal tu ... Sampai sekarang aku gagal lelapkan mata "

Cawan yang diambil dari rak diletak kejap di meja , perkataan Akhmal membuatnya ikut terdiam .

" Kau nak tahu , dulu waktu aku dah nak kahwin kan .. Aku pun terfikir hal yang sama macam kau .. Tapi , papa cakap dengan aku .. Walaupun arwah ayah tak ada dengan kita ... Tak boleh tengok kita bersanding tapi yakinlah bahawa dia tetap ada dengan kita ... Kalau kita rindukan dia , perbanyakkan doa ... Sejak tu aku rasa tenang sangat ... Yelah , walau pada hakikatnya aku tetap rindukan arwah ayah .. " Suis cerek air dihidupkan sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan Akhmal yang sejak tadi memerhatikan diri nya . " Kau tak boleh fikir terlalu banyak ... Kalau kau tak sihat atau kau sakit sebab terlalu banyak berfikir .. Kesian dekat Khalisah .. Kau dah jumpa perempuan yang tepat untuk kehidupan kau , kau kena teruskan kehidupan kau .. "

Akhmal rasa lebih lega , dari dulu lagi Syahirah adalah inspirasinya . Walau sedang menghadapi ujian terberat dalam kehidupannya masih sahaja dia mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan .

" Aku tak sekuat kau Sya , walau tuhan tak uji aku macam kau .. Tapi aku rasa lemah sangat . Aku harap ayah ada dekat hari bahagia aku tapi semuanya .. Semuanya dah terlambat .. Aku - " Ayatnya terpotong bila Akhmal mulai menangis kerana sebak , tiada kata mampu dilafazkan . Rasa rindunya pada yang tiada terlalu dalam .

Syahirah mendiamkan diri , matanya terarah kepada Tengku Ray yang berdiri di muka pintu dapur .

" Mal ... Tengok saya ... Jangan sedih lagi , anggap sahaja saya adalah ayah awak ... Saya akan galas tanggungjawab sebagai seorang ayah di hari kebahagiaan awak ... Awak dah macam anak saya sendiri ... Sya ... Riez ... Jae and Shin ... Kamu nak jadi anak saya ? "

" N-ak , da-ddy ..Thanks sebab sudi jadikan Mal anak daddy ... " Badan Akhmal dipeluk Tengku Ray dengan erat , sudah sekian lama dia rindukan dakapan hangat seorang ayah .

Air mata Syahirah tak mampu di seka lagi , kisah malam ini terlihat indah . Disatu sisi mereka sudah kehilangan kasih seorang ayah namun Tengku Ray hadir mengubat duka .

" Aiii dahaga pula daddy ... Sya , kamu nak buat air ke ? Ermm , kalau sudi bancuhkan daddy kopi o kaw satu ! "

Syahirah tergelak dalam tangisannya

" Sejak bila daddy pandai minum kopi o kaw ni ... Ni mesti Riez ajar .. "

Tengku Ray berdehem

" Jiwa daddy ni jiwa rakyat ... Tak masuk lah tekak daddy ni kalau minum minuman orang barat ni ! Buat sedap - sedap tau Sya "

Syahirah bangkit dari kerusi yang diduduki

"Iyelah daddy .. Kau Mal , nak tak ? Nanti aku dah bancuh kau nak minum pula aku tak rajin nak buat ! Air yang aku buat bukan selalu dapat minum tau ! " Seloroh Syahirah buat menceriakan suasana di pagi itu .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now