SHEM2 - 8

853 90 18
                                    

  Telefonnya berdering minta diangkat , dari luar banglo Syahirah menapak masuk ke dalam bahkan sempat bersapa bersama abang ketiganya , Jae yang sedang membawa potongan kek batik yang dibawa oleh mak cik mereka dari Sarawak . Syahirah mengangkat telefon sebelum melekapkan ke cuping telinganya

" Ni doktor Ae - Ri ? "

Syahirah melihat kejap ke skrin telefon dengan pandangan aneh serta soalan yang mulai berlegar di kotak pemikiran nya  , panggilan dari unit kecemasan kah ? Tapi mengapa nombor telefon ni terlihat asing ?

" Yea saya doktor Ae-Ri sendiri yang bercakap  , kenapa yea ? " Jantungnya berdegup kencang .

" Doktor , kami harap doktor boleh datang ke unit forensik untuk sesi pengecaman mayat .. "

Jantung Syahirah seakan tersentap keluar secara paksa dari tempatnya tatkala mendengar perkataan ' sesi pengecaman mayat '  , ujian apa kali ni bakal mendatangi dirinya dan keluarganya sedangkan bahagia baru sahaja dirasai olehnya . Diurut perlahan dadanya yang terasa sesak dan perit sekali buat menerima kenyataan ini , sakit yang terdalam apabila air mata mampu dititiskan tapi tiada kata yang terlafaz .

" Ma-yat ? Mayat si-apa? Jangan main - main dengan saya yea ... " Soal Syahirah bagi mendapatkan kepastian jikalau pihak hospital telah melakukan kesilapan dengan mendail ke nombor nya

  " Pertama sekali kami ucapkan takziah ... Melalui log panggilan terakhiran yang tertera nama doktor membuatkan pihak kami terus sahaja mendail doktor sebagai pewaris mangsa . barangkali mayat abang doktor dan isterinya?harap doktor Ae-Ri dapat datang sesegera mungkin ke sini .. hasil forensik menyimpulkan kronologi ringkas mengenai kematian dengan keadaan kedua mangsa ditembak tepat ke kepala dan dada dari jarak cukup dekat sebelum kenderaan mereka dibakar .. "

" Allahhhhhhhhh "

   Syahirah terduduk di lantai dalam keadaan dirinya tersangat lemah dan terkejut , tindakan spontannya itu mengejutkan semua yang ada bahkan telefonnya sudah terlepas dari genggamannya , tiada kata mampu dikeluarkan dari bibirnya . Pandangan matanya kosong menatap ke satu sudut seakan dirinya tidak mampu memproses kejadian yang baru menimpa dirinya setelah menerima berita kematian abang angkat dan kakak iparnya itu  , walau di tanya oleh ahli keluarganya yang lain secara berulang kali masih tiada jawapan yang diberikan oleh Syahirah yang terlihat jelas terkejut . 

Akhmal .. Khalisah .. Ya Allah ..

    " Sayang "

Afiq yang baru keluar dari bilik terkejut melihat isterinya sudah terduduk di atas lantai dengan pandangan kosong bahkan telefonnya digenggam sahaja , badan isterinya dikoncang perlahan buat mengembalikannya ke dunia nyata namun Syahirah tak memberikan sebarang reaksi melainkan menyebut nama ' Akhmal ' berulang kali .

" Sya ! Syahirah ! Tengok biey ! What happen ? "

Kedua bahu Syahirah dicengkam perlahan .

" B - kita kena ke hospital . Untuk sesi pengecaman mayat "

Syahirah berusaha bangkit dari jatuhnya secara sendiri dan berjalan terhuyung-hayang ke kiri dan kekanan sebelum rebah ke lantai semula dalam keadaan tak sedarkan diri membuatkan seisi rumah kecoh dengan keadaannya yang pengsan secara mendadak

    Langkahnya terhenti apabila dia dibawa ke bilik mayat bersama seorang doktor sebagai wakil hospital , Syahirah masih merasakan semua ini mimpi buruk dan dia bakal terjaga tak lama lagi namun semuanya musnah .. dia tidak bermimpi dan ini ialah realiti .. di kuatkan dirinya untuk melangkah masuk dan matanya tertacap pada jasad yang masih tertutup . Bibirnya mengukir senyuman , kau cuma tengah tidur kan Mal .. aku akan tunggu kau bangun .. tapi jangan terlalu lama tidurnya .. nanti kitaorang rindu ..

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now