SHEM2 - 13

677 68 12
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba , hari dimana kenderaan yang di bida bakal diserahkan kepada tuan empunya badan yang baru . Kawalan disana cukup ketat , setiap tingkat membuat sistem pengamanan yang tinggi . Mendapat kesempatan bersembunyi balik ruang gelap , kesemuanya melepaskan senjata secepat mungkin

" Mari ! " Arah Syahirah namun terhenti apabila dua orang pengawal menghalang mereka dari masuk . Pada awalnya mereka tidak mahu memberi kerjasama namun apabila ditekan terpaksa diikuti jua .

" Setuju atau berambus ? " Soal pengawal dengan kasar , akhirnya Syahirah mengalah dengan mengangkat tangan nya ke udara mengizinkan pengawal wanita itu mengeledah sekitar pakaiannya untuk memastikan tiada senjata api yang dibawa .

Setelah aman , kesemuanya dibenarkan masuk dan Dino terlebih dahulu meleret kad untuk membuka kenderaan . Syahirah mulai mengeledah bahagian dalam kereta dan menemui satu cip kecil melalui cermin mata khusus yang dikenakan olehnya , diberikan isyarat kepada Dino untuk mulakan pemanduannya .

-------- 🦋 ---------

" Biey , ikatkan ... " Syahirah menunjukkan aksi dia kesulitan untuk mengikat tali bahagian belakang blouse ibu mengandungnya .

Dari kedudukan di atas katil perlahan Afiq menghampiri Syahirah tapi bukan untuk membantu isterinya mengikat tali namun tangannya berlingkar ke pinggang isterinya untuk memeluknya dari belakang , haruman perfume milik isterinya dihidu sambil memejamkan mata .

" Biey , janganlah macam ni . Nanti terlambat nak ke zoo ! Biey ! B-" Bibirnya dikucup oleh Afiq yang kini sudah berdiri dihadapannya

" Mulut ni terlalu banyak bercakap yea sayang , daddy tak suka ... Faham ? "

Syahirah cuba menerangkan maksud perkataannya namun tetap sahaja gagal kerana ulah Afiq .

" Tap - "

Cup !

" Tap-i bi-"

Cup !

" Oky fi- "

Cup !

Syahirah menekup mulut Afiq menggunakan tapak tangannya untuk menghentikan tindakan suaminya yang mengucup bibirnya setiap kali dia hendak berbicara , satu tarikan nafas yang panjang dilakukan .

" Ey , biey ! Tolong ikatkan blouse sayang ni . Sayang dah gemuk lah ! Benci lah ! Itu tak boleh nak buat ... Itu tak boleh ! " Rungut Syahirah penuh emosi bahkan sampai dia hampir menangis namun dikala dia melihat ke wajah suaminya Afiq sedang menatap ke dalam anak matanya dengan segaris senyuman lantas perlahan jari jemarinya menyentuh ke pipi

" Shtttt , sayang bukan berisi cuma ada satu nyawa dalam kandungan sayang ... Sayang bukan tak mampu untuk buat semuanya sendiri cuma sayang tak ada khudrat ... That all ... Bidadari biey ni sentiasa cantik dimata biey . I love you sayang " Bibir Afiq melekap di dahi Syahirah , dapat menenangkan gadis itu adalah satu kepuasan buat dirinya . Tali di blouse isterinya dipegang lalu diikat sama persis didalam majalah yang diperlihatkan oleh Syahirah , sebelum melepaskan isterinya dia sempat berbisik .

" You look so beutiful my lady " Kenyitan mata dihadiahkan kepada Syahirah sebelum tangan isterinya diambil lalu dikucup lama . " I love you , my soulmate "

Syahirah yang ditinggal senyum nipis , suaminya ni ... Tidak pernah gagal membuatnya rasa sempurna walau banyak kekurangan dalam dirinya .

Afiq menuruni tangga banglo dan terlihat Asher masih di meja makan untuk menghabiskan cereal pemberian babysitternya manakala Rafi sedang duduk di taman ditemani bodyguardnya . Dia mendapat idea untuk mengenakan anak pertamanya itu , kakinya diatur keluar rumah .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now