SHEM2- 15

534 60 12
                                    

   ⚠️⚠️ WARNING , KALAU LEMAH SEMANGAT USAH DIBACA ! JIKALAU MASIH INGIN DIBACA DIGALAKKAN UNTUK DITEMANI ATAU DIBACA PADA WAKTU SIANG ! SEGALA KEJADIAN YANG BERLAKU ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI ⚠️⚠️

     Tepat jam 3 pagi , Afiq terbangun apabila dikejutkan oleh bunyi bising dari dapur banglo nya . Dia meraba tangan kesisi kirinya namun dia tidak dapat merasakan kehadiran isterinya membuatkannya lekas bangkit menuju ke luar bilik khuatir terjadi sesuatu kepada gadis itu  . Cahaya samar - samar dari dapur membuatkan Afiq melajukan langkah sembari memanggil isterinya andai yang berada di dapur adalah isterinya namun tiada sahutan .

" Sayang ? Eh , buat apa tu ? " Terjengah - jengah kepala Afiq untuk melihat apa yang sedang dilakukan isterinya dalam keadaan bercangkung . Wajahnya tak kelihatan kerana dia bercangkung dari arah bertentangan tambahan rambutnya yang panjang mengurai menghalang pandangannya .

Syahirah masih lagi tak mengendahkan kehadiran nya melainkan dia sibuk melakukan sesuatu . Aneh , adakah isterinya sedang menyiapkan bahan untuk memasak ? Namun perlukah pada jam 3 pagi seperti ini ? Kenapa tidak perlu ditunggu apabila cahaya mulai menjengah bumi ? Lapar barangkali ...

" Sayang , kalau lapar pun kenapa tak kejutkan biey ? Boleh biey masakkan .. sayang .. jom tidur balik " Bahu isterinya dicuit lantas dikala itu juga Syahirah memalingkan wajah . Mata Afiq terbeliak apabila melihat ayam mentah ditangan kiri dan kanan Syahirah dilahap penuh selera oleh gadis itu , bahkan darah yang mengalir disedut selamba seakan sedang meneguk jus .

" Allah ! "

Afiq terbangun dari mimpi ngerinya , dia menarik nafas lega apabila melihat Syahirah sedang tidur dalam keadaan memeluk Rafi . Setelah kejadian menimpa isterinya . Kedua anaknya tidur bersama mereka hampir setiap malam , andai kata terjadi sesuatu semuanya dapat dikawal lebih awal .

" Ya Allah lindungilah keluarga hamba dari sebarang ancaman " Lekas Afiq bangkit menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk , dia perlu melakukan solat tahajud untuk menenangkan jiwanya yang galau .

Senyuman menghiasi wajah satu sosok misteri yang dapat merasakan aura penderitaan dirasai oleh Syahirah sekeluarga namun dia gagal menguasai sepenuhnya kerana mereka mulai mendekatkan diri kepada Tuhan , tapi tidak mengapa ... Masih ada lalai dan kekurangan dalam ketaatan mereka ...

" Itu baru permulaan ... Masih banyak penderitaan kau bakal alami ... Kau faham ?! "

-------

Pada hari ini genap 20 tahun umur Syahirah , seluruh ahli keluarganya berencana mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil arwah sebelum mengadakan pesta hari jadinya . Jam yang menunjukkan pukul 6 petang menyaksikan kesibukan semua pekerja menyiapkan persiapan .

" Mama , Ash nak susu boleh ?! " Pinta Asher sambil menggosok mata sendiri , letih setelah seharian bermain dengan si abang dan beberapa sepupunya yang lain  .

Syahirah membaringkan sang anak di atas sofa sebelum mengucup dahi Asher .

" Kejap yea sayang , mama ambil dekat atas . Rafi ... Rafi teman Ash yea ? "

" Okay mama ! "

   Pintu bilik di dorong , mata Syahirah menangkap bayang seseorang . Wanita .... Adakah itu ... Maira ? Tapi ... Mengapa Maira sampai masuk ke dalam bilik tidurnya ?

Disatu sisi Syahirah terlupa bahawa rakannya bahkan masih belum sampai ke rumahnya , jadinya .... Siapakah jelmaan dihadapan Syahirah itu ? Hermm ...

" Mai - ra ? K- au buat apa dekat bilik aku ? " Soal Syahirah keanehan apabila melihat sosok tubuh rakannya dari sudut belakang walau tak jelas kelihatan kerana suasana agak suram .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now