SHEM2-18

542 43 8
                                    

Keluarga kerabat diraja itu menghadiri majlis rasmi secara bersamaan , kesemuanya berjalan seiring hingga masuk ke dewan utama.

" Mengumumkan ketibaan Yang Amat Mulia Putera Sulung terkanan Tengku Afiq Marteen Tengku Dharman berserta Yang Amat Mulia Tuan Puteri Kelantan Tengku Aurora Ae - Ri Tengku Ray . Daulat tuanku ! Bersama pasangan diraja kedua putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Rafi Rafael Marteen Putera Sulung terkanan Tengku Afiq Marteen . Yang Amat Mulia Tengku Asher Caroliy Marteen Putera Sulung terkanan Tengku Afiq Marteen . Patik mewakili rakyat jelata menyatakan setinggi - tinggi kesyukuran atas kesudian tuanku berempat mencemar duli menghadiri majlis kecil kami ini ... "

Leaders floor bersama Pengerusi jawatankuasa khas mengiringi kemasukkan kerabat diraja untuk menduduki tempat masing - masing . Disisi Afiq adanya Syahirah manakala di samping mereka berdua terletaknya tempat untuk Rafi dan Asher

" Patik hamba yang hina ini memohon perkenan daripada Yang Amat Mulia Tengku Afiq untuk mulakan majlis pada hari ini "

Hanya anggukan kepala diberikan oleh Afiq sebagai balasan , melihat isyarat itu leaders floor menyampaikan kepada Mc untuk memulakan majlis .

Sepanjang majlis berlangsung , Syahirah berusaha untuk membuat dirinya selesa dengan melurut tubuh di kerusi nya namun belakang tubuhnya masih terasa sakit . Tersedar ketidakselesaan isterinya Afiq segera memanggil leaders floor untuk membawakan bantal kecil untuk Syahirah .

" Ini Tengku " Bantal kecil diserahkan kepada Afiq , lelaki itu tanpa berkata apa mengambilnya lalu meletakkan di belakang tubuh Syahirah . Kepala isterinya dibawa ke bahunya membiarkan Syahirah lebih selesa dalam keadaan seperti itu .

Tangan Syahirah digenggam oleh Afiq

" Sayang ? Kenapa ? "

Soal Afiq apabila Syahirah sudah merintih kesakitan bahkan sampai menangis .

" Cram - sakit "

Tangan Afiq dicengkam kuat oleh Afiq untuk menahan sakit di bahagian perutnya . Air mata yang ditahan dari mengalir lebih deras akhirnya terlepas . Rasa yang dialaminya kini tidak mampu dizahirkan dengan kata - kata , bahkan rasa sakit pra-persalinannya sewaktu Asher tidak separah ini .

" Ya Allah , sayang ! Kita ke hospital yea ? "

Keringat yang membasahi wajah Syahirah dikesat menggunakan tuala kecil , dek kerana rasa sakitnya dia sampai tidak boleh walau sepatah perkataan Afiq . Hanya anggukan kepala diberikan kerana dia sudah tidak mampu menahan rasa sakitnya dikala itu .

" Syahmeer , siapkan kereta ! Biar aku gendong Sya "

Afiq terlihat gusar apabila mendapat berita bahawa dia diundang ke majlis rasmi namun orang tuanya sekarang tidak ada di dalam negeri , mereka pergi ke Arab Saudi untuk berurusan disana . Setiausaha istana menanti jawapan dari Afiq yang masih berdiam diri .

" Aku tak mungkin tinggalkan , Sya ... Maybe aku akan hantar wakil " Semua mata mengarah kepada Afiq seakan bertanya siapa yang menjadi wakilnya nanti ?

Syahirah dan Afiq melihat ke arah yang sama , Rafi yang sedang bermain bersama Asher turut melihat ke arah orang tuanya . Dia terasa aneh apabila kedua orang tuanya melihat ke arahnya secara bersamaan .

" Mengumumkan ketibaan Yang Mulia Tengku Rafi Rafael Marteen Tengku Afiq Marteen sebagai wakil ayahandanya ke majlis ini "

Rafi berjalan diiring oleh Kai berserta lima orang pengawal peribadinya . Tangannya diangkat sedikit menandakan tidak mahu ada yang membongkokkan badan sebagai hormat kepadanya .

" Jangan tunduk , mama pesan tak sopan kalau yang tua tunduk pada yang lebih muda " Kata Rafi dengan menggunakan nada perlahan .

Ibunya juga berpesan setinggi apa pun status mereka dimata tuhan tetap sahaja mereka hamba yang lemah .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now