SHEM2 - 6

934 92 12
                                    


   Panggilan kecemasan dari pihak hospital memaksa Syahirah buat menghadirkan diri walau jam baru menunjukkan tepat 4 pagi . Semuanya berjalan lancar hingga satu tragedi terjadi .

" Sya , it's okay ... Jomlah kita keluar yea ? "

Maira memujuk rakannya untuk tidak bersedih hati namun secara mengejut mereka didatangi pasukan doktor senior . Tanpa sebarang amaran lengan Syahirah ditarik paksa dan wajahnya berbekas merah dengan kesan tapak tangan .

       Pang !

" Baik kau berhenti je dari menyusahkan nyawa orang lain ! Kalau budak tu mati di tangan kau , kau tahu berapa ramai orang akan menangis ? Kau ingat orang akan bagi ihsan bila tengok perut kau yang membuncit tu ? Eh , kau dengar sini eh... Kerja tu kerja ! Yang kau mengatal nak bunting sangat tu hal kau ! Oi kau dengar tak aku cakap dengan kau ni ? Jangan menangis lah. . jijik aku ! "

Badan Syahirah ikutan terdorong kebelakang apabila bahunya ditolak beberapa kali dengan kuat namun dia tetap mendiamkan diri kerana tidak ingin menimbulkan masalah yang lebih serious , dia tidak boleh melawan kerana semua ini terjadi kerana kesilapannya sendiri . Operasi remaja 17 tahun itu bakal gagal andai sahaja Doktor Travis tidak sampai tepat waktu , semua mata terarah kepada dirinya bahkan mereka mulai kasihan dalam keadaan berbadan dua perlu menghadapi situasi seperti ini .

" Aku tahu kau cuma doktor pelatih .. kau dapat peluang untuk ikut dalam pembedahan besar sebab orang dalam kan ? Berapa banyak kau bayar dekat orang atasan ? 10 ribu ? 1 juta ? 2 juta ? Kau pun bukan pandai sangat kan ? Bab kerja memang tak pandai tapi bab merasuah memang kepakaran kau ! "

Maira tidak dapat menahan hati lagi tatkala melihat rakannya terus - terusan dihina bahkan fitnah yang dilemparkan kepada Syahirah cukup berat , dia kenal siapa Syahirah . Walau gadis itu berasal dari keluarga berada dia tidak pernah menggunakan pengaruh Tengku Ray untuk mendapatkan posisi di hospital . Dia berkerja dengan keras bahkan dia pernah tidak tidur seharian untuk menyiapkan tesis . Orang sebegitu hebat dituduh melakukan perbuatan serendah itu ? Adakah itu adil buat Syahirah?

" Prof , maafkan saya sebab mencelah tapi pertuduhan prof terhadap doktor Sya dah melampau .. Saya akui doktor Sya salah sebab tidak memberikan fokus yang mencukupi sewaktu menjalankan pembedahan tapi kata hinaan bukan jalan penyelesaian yang terbaik "
Nadanya masih dikawal oleh Maira bahkan dia tetap beristifar didalam hati agar dirinya tetap mampu bersabar bila berdepan dengan wanita dihadapannya itu

Siapa sahaja tidak kenal Profesor Madya Dr Sari . Gadis berusia 40 tahun itu sangat bengis bahkan keras kepala , jikalau dia mengatakan A maka A lah jawapannya dan dia tidak menerima sebarang penolakkan atau cadangan penambah baikkan .

Dr Sari melihat wanita muda dihadapannya dari atas hingga kebawah sebelum naik ke atas kembali buat menilik penampilannya, dirinya rasa tercabar tatkala dia ditegur oleh doktor pelatih seperti Maira sedangkan dia sudah lama berkerja  . Pengalaman kerjanya lebih lama berbanding mereka berdua dan dia tahu apa yang terbaik untuk doktor pelatih seperti mereka , sepatutnya mereka sekadar patuh terhadap arahan doktor senior bukan membantah  .

Jarinya dimain kejap di bibir , bibirnya meleret senyuman sinis .

" Ouw , that good .. now you nak ajar i ? u fikir you siapa ? Owww , you Maira? Anak menteri pertahanan Malaysia , that great .. yang seorang anak sultan kelantan .. yang seorang lagi anak menteri .. patutlah korang berdua ada dekat sini , guna kuasa bapa ke ?Eh , kau kan Sya keluarga kerabat diraja kan ? Diaorang pun bukan bagus sangat ... Setakat ada pangkat dah nak sombong ... " Sindirnya sinis bahkan tanpa segan silu usai menamatkan ayat dia tertawa besar hingga kedengaran oleh orang diluar bilik pembedahan .

" Aku dah cakap , anak-anak orang kaya macam korang ni .. tak ada kualiti dalam pekerjaan .. yang tahu sogok wang je . Haih , kesian .. itulah orang kata , duit dan pangkat adalah segalanya .. biar bodoh janji berduit .. " lanjutnya lagi .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now