SHEM2 - 3

1.1K 95 15
                                    

" Queen .. king ... "  Sulit untuk dia mengatakan kejadian yang telah menimpa Afiq , antara rasa kasihan dan kelakar akhirnya dia tidak mampu berkata apa. 

Riak wajah Syahirah jelas menunjukkan bahawa dia khuatirkan keadaan suaminya namun tatkala memikirkan kembali tragedi yang mungkin menimpa suaminya yang enggan mengikut nasihatnya , tengah dahi diurut pelan . Stress kalau ada suami jenis hyperactive !

" It's okay Kai .. I dah boleh agak benda ni jadi ..masih hidup ? Otak tak terkeluar ? Biji mata kekal diposisi ? " Soal Syahirah inginkan kepastian , cacat suami kita nanti . Risau yea .. Risau !

" Semua baik Queen .. kecuali satu badan king ber - lumpur .. "

" Perft .. HAHAHAHAHAHAHAHAAHAH"

Kai melihat ke arah Syahirah dan begitu juga dengan gadis itu sebelum mereka berdua ketawa serentak seakan wayar diotak mereka saling menyambung kerana tahu kejadian yang sudah terjadi kepada Afiq . Tak lama kemudian kedengaran deruman motor milik Akhmal manakala dibelakangnya terdapat Afiq yang diselimuti lumpur , masalahnya bukan suaminya mengaduh kesakitan boleh pula dia bernyanyi lagu ragaman nyanyian Faizal Tahir bersama Akhmal sambil mereka bersorak keriangan seakan baru menang piala dunia . Lelaki aku ni masuk lumpur kepala dia tercelup dulu ke ? Eh risau pula kita dibuatnya .. Kotlah tercelup kepala dulu then ada wayar tercabut .. Si Akhmal memang kau tak yah cakap sebab biol dia memang panas-panas keluar dari oven sejak dulu lagi.. walau bakal jadi pengantin pun tetap otak tak berapa nak betul !

" Sya , tengok laki hang ni .. aku jumpa dah terterumus dalam lumpur .. nasib tak de pacat , kalau tak .. perhhh naye pak karim ! " usik akhmal mengundang gelak tawa semua yang ada namun tak lama kemudian kepalanya rasa tertolak kedepan

" Dasar looooo , tapi tak pe , berlumpur pun bini aku tetap kata aku hensem .. ni masker lumpur lah ! Bagus untuk kulit , nah ambil sikit biar kau berseri bila bersanding nanti " memang terkenal sikap kuat menjahili orang lain , afiq mencalit lumpur ke muka akhmal lalu berlari sekencang mungkin apabila dikejar oleh lelaki itu .

" Masker lumpur kepala kakak kau ! Oii sini ! Bertuah punya budakkkkkk " Rafi yang masih di atas motor tak tahan geli hatinya melihat kelakuan pak long dan papa nya sendiri .

Aswa dan Syahirah sampai bertepuk tangan melihat tingkah dua orang dewasa yang bertingkah seperti anak kecil . Pak usu mereka yang baru tiba membawa kan dulang pengantin yang siap dihias terkejut melihat
'lembaga lumpur ' sedang dikejar oleh akhmal , bila dia melihat ke arah anak saudaranya barulah dia mengerti situasi sebenar .

" Ya Allah , Akhmal sudah ! Ni ambil bawa naik ke atas ... Mak Su kau pesan nanti sebelum maghrib jangan lupa ambil kuih lepat pisang yang dia dah buat .. kalau kau tak ambil membebel pula dia ! Ha Sya , dari kamu gelakkan suami kamu tu .. baik kamu bagi dia air , buat 'tangkal' terkejut dia tu ! " Pak usu berjaya menghentikan tawa anak saudaranya , tangkal yang dimaksudkan tidak membawa hal berunsur syirik , air yang berada di gelas akan dibacakan Al-Fatihah dan selawat bertujuan mengembalikan kembali semangat yang hilang sewaktu mengalami hal yang buruk dan tidak diingini .

" Baik lah pak usu , ni pak usu nak air ? Sya buatkan "

Lelaki tua itu sudah duduk di tangga , sesekali mengibas muka sendiri .

" Tak perlulah , kejap lagi pak usu nak kedai pak haji Leman kamu tu .. Nak ngopi ngopi ! Kau jangan bagitau mak su kau pulak .. bebel pula dia nanti kata debetes - debetes .. pebenda alah tu .. ha naik ! "

Tak kuasa menahan geli hati kedua gadis cantik di dalam rumah itu gelak mendengar perkataan pak usu , suka hati dia je sebat perkataan ikut sesedap sebutan jawa dia .. haduh ..

" Diabetes pak usu , debetes tu mana ada .. tapi betul lah juga mak su tu cakap .. nanti tinggi gula , susah pak usu nanti " balas Syahirah pula buat membenarkan perkataan pak ciknya 

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now