SHEM2 - 5

1K 75 12
                                    

Afiq hanya melihat sekilas wajah masam mencuka milik isterinya bahkan kerana rasa cemburu yang dia rasai sedangkan sejak tadi hanya gadis itu berusaha mendekatinya sedangkan dia tidak melayan .

Syahirah sudah masuk ke dalam rumah sambil menghentakkan kaki beberapa kali buat menunjukkan rasa tidak puas hatinya dikala itu , gadis yang berdiri di sampingnya dilihat sekilas sebelum melepaskan keluhan berat .

" Awak dah tahu saya dah beristeri , mengapa masih hendak menganggu ? " Soalnya dengan nada mendatar , dia tidak berminat untuk melayan perangai ulat naik bulu wanita itu sampaikan isterinya sendiri bakal sakit hati dan berlaku salah faham antara mereka berdua .

" Sa-ya cuma nak berkenalan " Jawab sang gadis itu pula , tak guna punya perempuan . Boleh dia tampar muka aku ! Sakit tau !

" Maaf , saya tidak ingin membuatkan bidadari saya cemburu .. Jauhkan lah diri kau dari lelaki beristeri kerana dia mungkin mampu mencintai mu tapi dia tidak akan mengagumi mu dihadapan isterinya .. "

Usai menamatkan perkataanya Afiq melekapkan tangan ke dada sebagai tanda permintaan maaf dan mengikuti jejak isterinya kerana dia tahu pasti sekarang Syahirah sedang mengurung diri didalam bilik untuk mengawal amarahnya . Tamparan yang diterima oleh gadis itu tidak seberapa , Syahirah mampu melakukan lebih daripada ituvtapi dia tahu batas tindakannya apabila berada di tempat awam . Jikalau dia bertindak kejam sehingga tahap menamatkan nyawanya sudah pasti identitinya bakal terbongkar , setakat ini hanya ahli keluarga mertuanya sahaja tahu siapa Syahirah yang sebenarnya .

Syahirah gigih mengesat air mata sendiri menggunakan tisu namun tetap sahaja dia gagal menghentikan air mata , dia tahu Afiq setia namun hatinya terasa sakit apabila melihat ada yang cuba merampas haknya sedangkan tidak semudah membalikkan tangan untuk mempertahankan hubungan mereka berdua . Dia pernah rasa peritnya berpisah dengan suami dan anaknya sendiri selama setahun tanpa khabar berita bahkan hendak berdepan sahaja tersangat sulit , setelah kebahagiaan dikecapi olehnya sekali lagi dia diuji tatkala Afiq mentalakkan diri nya hanya kerana seorang wanita yang membawa fitnah dalam keluarganya . Sekarang dia perlu melihat wanita lain cuba merampas suaminya sendiri ? Adakah hidupnya hanya didatangkan rasa sakit ? Tak kuasa menahan tangisannya , akhirnya dilepaskan juga hingga terdengar esak tangisnya yang cukup kuat namun dia beruntung kebisingan dari luar menutup suaranya dari kedengaran .

" My girl ? "

Afiq menolak pintu bilik tidur manakala ditangannya terdapat piring berisi nasi dan cawan berisi air , dia tahu Syahirah masih belum makan sejak pagi kerana itu emosi isterinya tidak berapa baik . Bila isterinya bergelar ibu mengandung dia perlu bersiap sedia 24/7 dengan emosi nya yang tidak tentu , kadangkala Syahirah akan gembira dan sedih secara melampau . Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata tapi dia sebagai seorang suami dia hanya mampu berada disisi isterinya untuk bersamanya dikala sulit walau dia tidak tahu apa yang dialami dan dirasai isterinya sepanjang kehamilannya .

" Bi-ey .. sob .. sob .. b-" dia tertahan-tahan untuk menangis , bila Afiq meluaskan tangannya terus Syahirah merangkul badan suaminya dan mulai menangis . Badannya digendong oleh Afiq seperti bayi kecil bahkan kakinya berpaut badan pinggang suaminya dan tangannya merangkul leher afiq dengan erat namun tangisannya masih belum reda .

" Nape sayang ? B-iey ada ni .. biey tak kemana - mana pun .. Biey dah cakap dengan dia yang biey sayangkan isteri biey seorang je .. "

Afiq mengendong isterinya disekeliling bilik bahkan sesekali dia akan bergerak kekiri dan kekanan mendodoikan Syahirah untuk kembali tenang . Emosi isterinya kali ini sangat tidak stabil , tak lama kemudian Syahirah berhenti menangis namun dia tidak mahu turun dari dukungan suaminya dan ingin menempel terus bersama afiq. Dia menerima nasihat dari doktor kandungan Syahirah untuk tidak membiarkan Syahirah berada dalam tekanan emosi kerana khuatir bakal menjejaskan kesihatannya dan bayi , jalan terbaik adalah kekal bersamanya jikalau perlu atau menjauhi nya jikalau itulah punca tekanannya . Jikalau dia tetap ingin bersama , buatkannya merasa yakin bahawa dia tidak akan kehilangan aku dan aku akan sentiasa bersama dengan dia . Menjaga syahirah umpama membuka lembaran baru dalam kehidupannya , kesalahannya yang lepas tidak akan di ulangi kerana dia ingin melihat sendiri perkembangan anaknya dari dalam rahim isterinya hingga lahir dan meningkat dewasa . Proses itu terasa cepat namun memorinya kekal didalamnya tanpa pergi kemana-mana .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now