SHEM-19

600 58 12
                                    


  " K - es pembunuhan ? Siapa yang mati ? "

Maira menatap aneh rakannya sekaligus cuba mencari kepastian adakah Syahirah benar - benar tidak tahu atau hanya sedang berpura - pura . Berita kematian pembantu perubatan tersebut sudah tersebar luas ! Bahkan beberapa sorotan akhbar sudah diterbitkan mengenai kisah pembunuhan kejam tersebut .

" Kau nak bergurau dengan aku ke apa ? Kau tak tengok dekat Instagram ? Facebook ? Banyak dah berita pasal pembunuhan tu ! Aku dengar dia kena bunuh dengan geng kongsi gelap ! Teruk wey dia kena ajar  " Nadanya Maira kawal agar tak didengari oleh orang sekelilingnya , perlahan sahaja telefon miliknya ditolak ke arah Syahirah yang memaparkan berita kematian tersebut .

Anak mata Syahirah melihat sedikit potret mangsa yang dibunuh berserta senjata yang digunakan , benar apa yang dikatakan Maira . Lelaki ini sudah dibunuh oleh ahli konsi gelap , melihatkan cara pembunuhannya sahaja sudah dapat dipastikan . Adakah dia dibunuh kerana aku cuba dapatkan maklumat mengenai penjualan organ dalaman secara haram itu ? Kalau betul ... Dia ke anak buah kepada orang yang aku kejar selama ni ? Kalau bukan , kenapa dia bunuh lelaki tu ? Aneh !

" Dahlah , aku nak balik office aku . Kau habiskan air kau ni then jumpa dengan doktor Syafiqa , katanya ada hal nak discuss dengan kau . By ! "

Syahirah lambai kejap ke arah Maira sebelum memanjat tangga cafe menuju ke tingkat atas . Sesekali dia akan melemparkan senyuman kepada pekerja yang memberi ucapan salam kepadanya , sewaktu melintasi kesesakan manusia ada seorang lelaki merempuhnya secara kasar sampaikan dia hampir terjatuh namun untung sahaja ada yang menahan badannya . Bebola mata Syahirah besar untuk 3 saat sebelum membalikkan badan , lelaki misteri itu sudah hilang !

' Jangan biarkan ia jatuh , jikalau ia jatuh akan hancur ! Nice to meet you Queen Mafia ... It's my dream to meet you .. '

Perkataan tersebut bermain - main diminda Syahirah . Tahap kesabarannya sudah semakin menipis ! Musuhnya sengaja bermain tarik tali dengannya tapi tak berani menonjolkan diri . Dasar pengecut !

  Zrttrrr - zrttrrrrr

Telefon Syahirah bergetar , malas hendak membiarkan telefon itu menjerit minta diangkat laju sahaja skrin di slide bagi menjawab panggilan telefon itu .

" Sya ? Mama ni sayang ... Nanti petang kamu dengan Afiq jadi ke butik untuk pilih pakaian ke majlis resepsi Ammar ? Mama dah tetapkan tema nude ... Nanti kamu pilihlah yang mana kamu suka yea ? " Suara ibu mertuanya dihujung talian terdengar ceria , benar . Adik kedua Afiq iaitu Tengku Ammar bakal bernikah lebih kurang tujuh hari lagi . Persiapan sudah hampir sepenuhnya siap tinggal persalinan kerabat sahaja masih belum selesai , acara adat dan istiadat istana yang ketat menyebabkan banyak perkara perlu diselesaikan

Tengah dahi Syahirah urut , macam mana aku boleh lupa soal harini ! Aduh Sya , untung mama ingatkan kau ! Kalau tak ?!

" Iyea ma ... Insyaallah jadi rasanya , lepas Afiq balik ... Then Ash dengan Rafi balik dari sekolah kitaorang terus je butik yang mama dah share locationnya tu . Mama dengan papa dah belikan pakaian untuk wedding Ammar ? Hemmm owh ye ke ... Tak pelah ma , nanti apa - apa Sya inform mama semula . Baik ma , assalamualaikum ma ... "

Panggilan ditamatkan oleh Puan Sofea

Syahirah menghenyakkan badan kebelakang , letih sungguh rasanya dia hari ini ! 

Ting !

Shark
Sya , aku dah dapatkan berita soal kematian dekat hospital kau . Kau perlu soal selidik soal asal usul dia ... Dia antara penjual urus niaga organ dalaman pasaran gelap , peratus dia adalah salah seorang anak buah orang yang kau cari amat tinggi . Jaga diri kau yea ! ✓✓

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now