SHEM2 - 7

940 80 31
                                    

     " Sayang ! "

Syahirah yang diterjah secara mengejut oleh suaminya disaat sedang menyiapkan pekerjaannya di dalam bilik sampai terangkat bahunya namun pandangannya tetap dihalakan ke arah Afiq buat mengetahui kehendak suaminya . Wajah lelaki itu terlihat bingung dan gusar , dia seakan sedang mencari sesuatu .

  " Eh kenapa biey , Ya Allah ! " Badannya terdorong kehadapan apabila Afiq menarik bantal dibelakangnya sebelum diletakkan kembali setelah itu satu katil digeledah untuk mencari barang yang tak dapat dipastikan

  " Bantal busuk biey mana ! " Afiq terlihat kusut bahkan dia sampai meramas kasar rambut sendiri , penampilannya terlihat serabut sekali tatkala itu .

Syahirah tercengang sendiri , mengapa Afiq mencari bantal busuknya sedangkan yang dikepit antara badan dan tangan nya itu adalah bantal busuk milik suaminya .

" Apa biey ni ! Cuba cari elok - elok ... Sayang tak sorokkan bantal busuk biey tulah ! " Syahirah berpura - pura untuk tidak nampak bantal busuk yang di bawa ke hulu dan ke hilir oleh Afiq .

   Afiq bongkok badan ke bawah katil andai bantalnya terjatuh namun tetap sahaja tiada

" Sayang ! Janganlah sorokkan bantal busuk biey ! Arhhhhhh " Dia mulai merengek manja kerana tidak dapat menemukan bantal busuk miliknya .

Pecah ketawa besar Syahirah melihat suaminya yang kusut mencari bantal busuk miliknya hingga mengeledah satu bilik

" Sayang tak sorokkan lah ! Cuba biey pergi depan cermin ! Biey tengok sendiri ! Letih lah sayang nak cakapkan biey ni ! " Syahirah bergumam kegeraman setelah dituduh menyorokkan bantal busuk milik suaminya , perhhh . Nak bau pun tak sanggup apatah lagi sorokkan ! Melekap bau nya dekat tangan belum tentu 10 biji sabun boleh hilang baunya !

Afiq tepuk tengah dahi , ahhhh sudah ! Punya aku kepit dekat ketiak ! Mencari sampai satu rumah !

" Sayang niiiii ... Aa-aaa , sengaja kenakan biey tau ! " Afiq merebahkan badan ke arah Syahirah , tangan isterinya dibawa ke atas kepala mintak diusap .

Faham kehendak suaminya Syahirah memanjakan Afiq sampai dia ketiduran . 

" Goodnight daddy ... " Kepalanya ditundukkan buat mengucup kepala Afiq .

     Lenanya terganggu kerana rasa sakit diperutnya membuatkan Syahirah terjaga dan akhirnya hanya duduk di birai katil memerhatikan Afiq yang nyenyak ketiduran. Tangannya berusaha mengapai botol di atas meja namun setelah didapatkan isi dalamnya sudah habis , Syahirah menyalahkan diri sendiri kerana lupa menyuruh pembantu rumah mengisi semula air di dalam botol di bilik mereka . Sesekali dia melihat kesisi berniat membangunkan Afiq untuk mengambilkannya air namun dia menjadi serba salah jikalau Afiq terjaga hanya kerana dirinya bahkan untuk hal sekecil ni , akhirnya Syahirah bangkit namun tangannya digenggam lemah oleh seseorang membuatkannya kembali menoleh .

" Nak kemana ? " Soal Afiq dalam keadaan mata masih terpejam rapat tapi tangan Syahirah masih belum dilepaskan .

" Sayang nak ambil air , botol ni kosong .. sayang lupa mintak bibik isi kan semula . Tak pelah , biey tidurlah .. sayang pergi isi air kejap "

Tak semena-mena Afiq bangkit namun dalam keadaan masih mamai membuatkan langkahnya tidak tetap iaitu sekejap kekiri dan ke kanan, botol air ditangan isterinya diambil tanpa banyak bicara dan melangkah keluar bilik . Syahirah berniat menghentikan Afiq namun kerana suaminya sudahpun keluar akhirnya dibiarkan sahaja , perutnya diusap kejap .

" Anak mama haus yea sayang , erm .. papa baik tau ambilkan air untuk kita .. mana papa ni ? "

Kepalanya menjenguk keluar andai suaminya akan tiba namun masih tidak kelihatan , akhirnya dia membuang rasa bosan dengan bermain telefon namun sudah 4 minit berlalu Afiq tetap tidak muncul . Syahirah mulai rasa tidak enak akhirnya dia bangkit namun Afiq tiba-tiba masuk bersama gelas dan botol air di tangannya , kening kiri-kanan Syahirah bercantum . Serasa nya dia cuma meminta air kosong mengapa Afiq siap membancuhkannya susu ?

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now