SHEM2 - 2

1.3K 92 23
                                    


" Bieyyyyy !! "

Syahirah mendengus kegeraman apabila Afiq mencucuk rendang di pinggan yang dipegang olehnya sebelum disuapkan ke mulutnya dengan penuh selera seakan hendak mengoda isterinya untuk marah kepadanya .

" Ermm sedapnya rendang sayang ni .. kasi biey jelah eh .. yang biey punya tak sedap lah " pinggan tersebut diambil dari tangan Syahirah . Isterinya hanya ternganga melihat pinggan miliknya diambil , bibirnya cemberut kerana geram dengan sikap Afiq .

" Fine ! Biey punya bagi sayang ! " Baru nak disuapkan lemang kemulutnya kali ini Afiq mengambil garfu miliknya dan dimakan rendang miliknya , kerana geram akhirnya Syahirah meletakkan pinggan secara kasar di atas meja dan terus naik ke atas .

Rafi dan Asher menggerakkan jari telunjuk ke arah Afiq untuk mengusik ayah mereka berdua

" Ha-aaa mama dah merajuk ! Rafi dengan Ash tak nampak " Rafi menutup matanya lalu menyenggol Asher untuk turut menutup matanya .

Afiq melihat kejap ke arah kedua anaknya , eh geram betul aku dengan dua budak kenit ni . Sebelum dia memanjat tangga dia sempat mencubit pipi Rafi dan Asher dengan sederhana kuat , aii kauuu kalau kuat sampai tercabut pipi dua budak kenit ni memang aku kena kejar satu rumah dengan isteri aku , apabila Asher mula menangis laju dia berlari ke atas buat menyelamatkan diri dari perlu memujuk anaknya bahkan membiarkan kai yang berada disitu untuk memujuk anaknya .

Kai menepuk tengah dahi dengan sederhana kuat sambil melepaskan keluhan, nasib kau lah asher bapa kau memang jenis no akhlak .. haduh .. ni siapa nak pujuk ? Dia melihat kekiri dan kekanan , Ehhhh weyy ! Serious ni siapa yang nak pujuk budak ni ? Tolong!!

" Uncle la " beritahu Rafi tiba-tiba sambil dia mengunyah lemang dengan penuh selera .

Kai menghalakan jari ke muka sendiri , aikk orang lain buat aku juga kena ?

" Iyea , uncle pujuk Ash cepat .. " tambah Rafi lagi .

" Uncleee kaiiiiii "

Kai mengalah apabila Asher membuka luas tangannya sambil meraung memanggil namanya berkali-kali , bahkan kakinya bergoyang laju minta digendong . Kai tepuk tengah dahi lagi sekali , rasanya bila aku berhenti kerja sah dahi tengah aku lebam teruk.. dulu Rafi si Riez layan .. ni aku pulak ? Allah .. untung kau comel anak oiii .. kalau tak ? Kau nampak gaung dekat belakang banglo atok kau ? Ha situ aku campak ! Haduhhhh anakkkkk ..

" Sayang ? "

Afiq menolak daun pintu dan melihat syahirah sedang baring di atas katil , perlahan dia menghampiri isterinya lalu memeluk Syahirah dari arah belakang . Tangannya dilekapkan ke perut isterinya dan perlahan dia bangkit untuk mengucup kepala Syahirah. Dari sisi tepi dia dapat melihat ada beberapa manik jernih mengalir dari kelopak mata isterinya . Hehehehe aku memang tahu mak buyung ni kuat emosi .. saja nak bagi dia nangis .. sebab..aaa comel lah! Kau bayangkan mak buyung menangis then kau kena pujuk .. arrr , aku obses dengan kecomelan isteri aku sendiri !

" Sayang marah biey ? " Soal Afiq lagi , bak kata pantun melayu .. sudah gaharu cenda , sudah tahu bertanya pula . Ahaaaa tiber disitu .

Syahirah menjarakkan diri namun Afiq bertindak menarik nya kebelakang , hal itu terulang beberapa kali hingga Syahirah letih akhirnya dia hanya mampu redha .

" Sayang .. okay biey mintak maaf ? Jangan lah nangis lagi sayang "

Dengarkan permintaan maaf suaminya , Syahirah mulai menangis lalu membalikkan badan dan memukul dada suaminya melepaskan geram , orang punya kempunan nak makan rendang .. dia boleh main-main pula!

" Ashtttt , ky - ky biey mintak maaf .. biey ambil rendang bawa ke sini yea .. alolo senyum sikit "

Afiq baru hendak keluar Syahirah sudah memanggilnya .

SURI HATI ENCIK MAFIA 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now