↭ Fifty Five

376 37 16
                                    




Life is a game.
Play to win!

I'm back !✨
___________________



Qaiser Lawrence bersama pembantu peribadinya, Zavian akhirnya dapat menjejak kaki di tanah kelahiran arwah isterinya.

Malaysia.

Rancangan untuk pulang ke Malaysia dari hari ke hari tertunda. Ada sahaja temu janji bersama kerabat diraja di sana yang menghalang dia balik ke sini.

Dengan hanya menggunakan alasan bercuti untuk menenangkan fikiran dapat Qaiser Lawrence melepaskan diri. Kalau tidak, aktiviti dia cuma di dalam pejabat sahaja.

Jarang melancong ke mana-mana.

Qaiser Lawrence menghela nafas sedalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Lega dapat menghirup udara segar.

" Your Highness... "

" Uncle . " Potong Qaiser Lawrence laju tanpa sempat Zavian habiskan ayat. Nadanya sedikit keras bermakna Qaiser Lawrence tidak main-main.

" Maaf, uncle. "

Jadi, Zavian sedia sedar silapnya menundukkan kepala sedikit. Lidahnya tergeliat. Payah sangat nak buang perkataan Your Highness sebab dah terbiasa. Nak buat macam mana?

" Uncle, orang yang nak ambil kita dah sampai." Teguran Zavian mengalihkan pandangan Qaiser Lawrence yang ralit menikmati udara segar. Sekian lama dia tidak menjejak kaki ke Bumi Malaysia setelah terjadi konflik anak-beranak.

Beg bagasi milik Qaiser Lawrence diraih Zavian tapi ditegah lembut oleh Qaiser Lawrence. Dia rela berdikari daripada menyusahkan orang sekeliling.

" Tak apa. Uncle boleh buat sendiri. Mana orang tu? Dia naik kereta apa? "

" Itu. " Menggunakan ibu jari tangan, dia tunjuk ke suatu arah. Lekas mereka bergerak menuju kereta Range Rover yang berwarna hitam.

Jelas di pandangan mereka, satu figura lelaki menyandarkan badan pada bonet hadapan sambil memeluk tubuh. Kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Telefon kekal di sisi telinga. Qaiser Lawrence mengecilkan mata.

Seakan-akan dia kenal susuk tubuh itu. Perlahan-lahan dia menggerakkan kaki menghampiri. Zavian di belakang setia menuruti langkah si big boss .

Hampir dan—

Makin dekat.

" Luis. Kau ni tipu aku ke? Orang tu sampai dekat sini pukul berapa sepatutnya? Aku takut flight dia delayed je ," gumam jejaka itu . Walaupun suaranya perlahan , tetap masih boleh didengari Qaiser Lawrence yang berada di belakang.

Suara ini... Kolam mata Qaiser Lawrence mula bergenang. Tidak silap lagi. Perlahan-lahan tangan Qaiser Lawrence mendarat di bahu jejaka itu menyebabkan jejaka itu terus berpaling ke belakang .

Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Terpana. Kelu lidah, tiada apa-apa ucapan terluah dari bibir. Masa seakan-akan terhenti.

Bagaikan lama mereka bertentang mata, Zavian mula berdehem. Saat itu, barulah Qaiser Lawrence dan Qaz menukar pandangan. Lantas Qaz mendekati Qaiser Lawrence lalu tangan ayahnya disalam lama.

" Your Highness... "

" Panggil Ayahanda, Qaz. Qaz anak Ayahanda. "

" Betul ke? "

" Betul. Panggil Ayahanda ya, nak." Qaiser Lawrence mengambil kesempatan memeluk juga anak tunggalnya dengan erat sambil mengusap ubun-ubun Qaz.

Qaz tersentuh dengan perbuatan ayah kandungnya. Buat pertama kali, dia dapat merasakan sentuhan dan pelukan daripada insan yang bergelar ayah.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now