↭ Twenty Five

3.8K 290 470
                                    

'Don't be afraid , Love is the way, Shawty I got it , You can call me monster. '

_____________________



Loceng sekolah berbunyi menandakan berakhirnya waktu sekolah untuk hari ini . Semua berpusu-pusu keluar dari kelas. Kizz Calvien sekadar melihat . Tidak kuasa dia mahu marah .

Siap kemas, tinggal dia seorang sahaja dalam kelas . Beg disandang malas di bahu kiri lalu keluar daripada kelas . Motosikal miliknya dia parkir di sedikit jauh. Jadi , untuk ke sana dia perlu melalui kelas Aisha .

Sewaktu kepalanya menoleh ke kelas 5 Euphoria , ada seorang gadis masih belum pulang menyebabkan langkahnya terhenti di sekerat jalan .

Kizz Calvien mengorak masuk setelah pintu kelas ditolak luas sedikit . Susuk tubuh yang enak dibuai mimpi didekati . Sedikit mudah untuk melihat muka gadis itu apabila dia meletakkan muka di atas lengan dan memandang ke kanan .

Rambut gadis itu diselak ke tepi . Tidak semena-mena bibirnya menyinggung senyum tipis .

" Aisha... " intonasinya meleret .

Kerusi di hadapan Aisha , dipusing ke belakang . Dan Kizz Calvien melabuhkan punggung di hadapan Aisha . Turut melakukan perkara sama seperti Aisha , kepala diletakkan di atas lengan . Kini , anak mata Kizz Calvien menentang wajah Aisha secara berdepan .

She's one my mind .

Telefon milik Aisha di atas meja menarik perhatian . Kepala diangkat. Phone diraih dan ikon di skrin dileret ke tepi.

No password ?

Nice .

Ikon panggilan disentuh, kemudian menekan nombornya di atas keypad dan mendail nombor sendiri. Panggilan diputuskan setelah ada getaran telefon di dalam poket .

Di phone Aisha, Kizz Calvien menekan ikon jam . Bahagian alarm . Masa disetkan pada pukul 2 tepat . Sekarang pukul 1;30 petang . Aisha ada masa 30 minit lagi . Phone Aisha diletak semula di tepi Aisha .

Kizz Calvien menolak kerusi ke belakang , kalau ikutkan hati ingin sahaja dia duduk lama-lama dekat sini bersama Aisha , tetapi ada hal pula dengan Ice Royale . Terpaksa niatnya ditangguhkan .

" Pai Pai, dear . " Bisik Kizz Calvien di telinga Aisha sebelum beredar keluar .






• ♕ • ♕ •






Senyum senget terukir . Langkah kaki laju merapati Aisha yang berjalan seorang diri , melepasi kawasan sekolah tanpa Kizz Calvien . Mungkin adiknya ada hal perlu diselesaikan .

Peluang di depan mata tidak akan dia lepaskan . Lengan gadis itu segera digapai dan ditarik mengikut jejak langkahnya .

" Eh - "

" Ikut aku sekejap . "

Cengkaman tangan lelaki itu sedikit kuat hingga Aisha mengerut kening , meringis kesakitan . Sisi wajah jejaka itu dikerling melalui ekor mata .

Senior Hafine .

Tapi dia tidak bersuara .

Tiba di kereta Hafine , lelaki itu membuka pintu dan menolak Aisha masuk ke dalam perut kereta . Setelah pintu ditutup kemas , dia berlalu ke bahagian pemandu . Hafine lekas menghidupkan enjin sebelum memecut laju di atas jalan raya .

Cara Hafine memandu , menakutkan sedikit kepada Aisha . Dia cuba bertenang dengan melihat pemandangan luar biarpun dihalang oleh tingkap kereta .

Satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Aisha mahupun Hafine . Cuma yang menjadi tanda tanya , kenapa seniornya itu tiba-tiba menyuruh untuk mengikuti dia .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now