↭ Twenty Seven

3.6K 317 508
                                    

' She's my girl . Dont touch her .'

______________________

Ketukan bertalu-talu di pintu berselang-seli dengan suara Karl , membangunkan Aisha daripada tidur .

Sedar dengan suara nyaring Karl , Aisha lekas memcelikkan mata biarpun badannya berasa lemah untuk bangkit dari tempat pembaringan .

" Dah- dah . Aisha dah bangun , Ayah . " Dengan suara sedikit serak , Aisha menjawab . Dia meraupkan rambutnya ke belakang setelah habis menguap .

" Okay . Ayah ingat tak bangun lagi . Baru nak tendang pintu lepastu siram kamu satu baldi . Ha siap-siap dulu . Ayah buat sarapan . "

Hilang suara Karl , Aisha berdecit perlahan . Kejam Encik Karl ni ! Sampai hati nak siram anak sendiri . Birai mata terasa berat . Dia masih mamai . Malas pula mahu bangun .

Semalam, hampir pukul 3 lebih baru dia tidur. Kemudian , pukul 4 dia terjaga . Memang tidak lena langsung tidurnya gara-gara mamat unknown , V cap ayam . Dia ingat V BTS . Ini pun masih mengantuk lagi . Kalau dia tidur sekejap, tak apa kan ?

Badan jatuh di atas tilam semula lalu memejam mata . Bantal di sisi dipeluk erat . Sedapnya dapat tidur !

" Aisha Kim binti Hykarl Zaris ! " Ya itu dia , suara Encik Karl dah bising dari bawah . Siap mention nama panjang lagi . Apabila Karl dah bagi signal warning , segera Aisha bangkit semula . Dia bergerak lemah turun dari katil .

" Ya! Ya! Aisha tengah bersiap . "

Selimut tebal dibetulkan, bantal peluk diletakkan di tengah-tengah dan bantal ditepuk supaya nampak kemas . Setelah siap , tuala yang disangkut pada penyidai ditarik sambil lalu masuk ke dalam bilik air .







♕•♕•♕







Kasut sekolah disarung pada kaki . Tengah sarung , Hafine mencelah duduk di tepinya dengan selamba sambil mencapai kasut di dalam rak kasut . Kizz Calvien sudah siap memakai ingin bergerak dahulu .

" Apa yang kau borak dengan papa semalam ? "

Dengar suara Hafine , Kizz menoleh sambil lewa . Dia mengangkat kening tinggi . Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan ni ? Ada udang di sebalik batu ke apa ?

" Hal kawasan papa . "

" Ouh . Aku ingat kau bincang soal lain . Okaylah . Chaw dulu ! " Akhiri ayat Hafine . Dia terus masuk ke dalam kereta dan menggerakkan kenderaannya setelah enjin dipanaskan .

Kizz Calvien masih tercegat di tempatnya dilambaikan tangan dengan senyuman manis . Buang tebiat ke apa ? Kizz Calvien mengangkat bahu tatkala hilang kelibat Hafine .

Abangnya gila ke kena sampuk ?

Kizz Calvien mengatur langkah ke arah kereta Audi R8 milik Qaz , meminjam kereta ayahnya seketika memandangkan motosikal dia masih di rumah Pak cik Karl . Mungkin dia akan ambil motosikal petang nanti selepas habis waktu kelas .

Usai enjin kereta lama dipanaskan , Kizz Calvien menekan gear automatik , bergerak dalam kelajuan 70 km/j ke luar dari perkarangan rumah . Hingga di jalan besar , Kizz Calvien mula memecut laju 120 km/j memandangkan dia ada tempoh masa dalam 10 minit lagi untuk sampai ke sekolah .

Sewaktu lampu isyarat bertukar merah , fikirannya menerawang jauh namun lebih kepada seseorang . Seseorang yang akan dia cuba lindungi dengan cara yang tersendiri .

Itu sahaja caranya untuk mengelakkan Aisha daripada disentuh oleh Firash Xayyen dan abangnya , Hafine . Tidak lama kemudian , lampu merah menjadi hijau .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now