↭ Thirty One

3.1K 272 580
                                    

' A king isn't born, He is made. '

__________________


" Hah yang kamu ni Irfan duduk sini tak ada girlfriend ke ? " Soal Alvin selamba .

Dari tepi telinga Kizz Calvien terdengar Irfan yang sedang memakan pizza itu tersedak . Hujung bibir tersenyum senget . Ceh! Irfan nak ada girlfriend? Tunggu dia tua dululah jawabnya .

" Tak ada yang berkenan di hati . "

Kizz Calvien mencebik .

Tak berkenan di hati lah sangat! Padahal ramai je yang minat Irfan ni termasuklah mak cik mak cik di kawasan sini .

" Tak berkenan ke jual mahal ? " Sambung Eirna pula . Sengaja main tarik tali . Irfan mengemam bibir . Lama berdiam diri . Aduh ! Dia kalau bab ini , memang jadi gelabah habis .

" Ada tapi itu dulu . Tak perlulah kita bercerita ya Auntie-Auntie . Dah jadi sejarah . Tak penting pun. "

" Kalau Auntie Avrin nak tahu , Irfan ni ada satu kisah yang buat dia jadi malas nak ada girlfriend . Itu sampai hari ni berkepit je dengan Kizz . " Celah Kizz Calvien , memecahkan rahsia Irfan yang sebenar-benarnya .

" Weh Irfan. Ceritalah ! " Gesa Rayqal yang makin teruja seperti tidak percaya Irfan ada girlfriend tika dahulu .

" Ceritalah . Auntie Hana pun nak dengar . "

" Just tell them and just don't lie . "

Sokongan daripada Kizz Calvien menyebabkan Irfan mengalah jua . Dia angguk kepala. Bersedia untuk bercerita .

" Urm . Dua tahun lepas , Irfan ada pergi satu kafe ni dan order air, tak ingat dah air apa . Minum dekat situ . So, nak dijadikan cerita perempuan sebaya Irfan yang hantar air. In the same time, Irfan minta nombor dia nak berkenalan . Just untuk berkawan . And dia pun bagi nombor telefon . Jadi, lama-lama tu Irfan dah jatuh cinta dengan dia . One day... "

Terhenti ayat Irfan sejenak kerana tika itu dia menoleh memandang Kizz Calvien di sisinya .

" One day ? " Celah Rayqal , tidak sabar .

" One day , Irfan call Vien . I told him everything and about my feeling . Nak minta pendapat dia lah kiranya . Irfan ingat Vien cakap apa . " Bebola mata masih kekal pandang Kizz Calvien yang turut membalas pandangannya secara bersahaja .

" Irfan, if you don't tell her about your feeling now , you might lose her for good . "

" Then ? " Tanya Auntie Avrin .

" Irfan call perempuan tu and said I think I like you . Do you wanna date with me ? Nak tahu perempuan tu jawab apa ? Irfan , you might've gotten the wrong idea . I had boyfriend . Lepas tu , Irfan delete nombor perempuan tu . Irfan tak cakap langsung dengan Vien seminggu . Semua Vien punya pasal . "

Kizz Calvien dijeling tajam . Dalam masa yang sama , tangan Kizz Calvien dicapai dan digigit . Tiadalah kasar mana namun mampu buatkan Kizz Calvien tampar kepalanya .

Tidak serik-serik , Irfan tumbuk dada Kizz Calvien . Saat Kizz Calvien ingin menyiku kepalanya , cepat-cepat Irfan menghadang dengan tangan dia .

Ketiga-tiga wanita itu menggeleng kepala . Dah tahu sangat dengan perangai Irfan . Suka berbalah dengan Kizz Calvien . Kadang-kadang mereka berdua bergaduh sampai pukul 1 ke 2 pagi . Hana pun dah penat nak membising . Semua dah besar, pandai-pandailah fikir .

" Ya Allah ! Budak-budak ni tak ada kerja ke nak dibuat? Asyik bergaduh tak ingat dunia . " Jerkah Luis dari belakang . Shen menggeleng kepala lalu mengambil tempat di sisi Eirna . Ditolak Avrin dengan badannya ke tepi .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now