↭ Thirty Five

3K 251 522
                                    




' If you try to run... I've got six little friends and they all can run faster that you can. '

_________________











Semua tugasan untuk memerangkap ketua dan konco-konco perompak telah diselesaikan dalam masa yang singkat daripada sangkaan mereka . Irfan di bahagian bawah manakala Kizz Calvien di atas . Kini , hanya perlu menanti kedatangan mereka sahaja .

Sebelum memulakan kerja , Irfan ada bertanya kepada Kizz Calvien tentang senjata disebabkan mereka tidak membawa satu pun senjata .

Perasaan ingin tahu kuat menyelubungi diri . Namun , jejaka berperangai dingin itu sekadar membalas persoalan Irfan dengan senyum sinis .

Kizz Calvien dipandang dengan curiga . Mesti dah rancang awal-awal tanpa memberitahunya . Ada masa otak Kizz Calvien ni gila-gila , ada masa jadi pelik .

Ke dia yang pelik ?

Barangkali berkawan dengan Kizz Calvien, otak dia jadi kurang waras .

Bunyi pintu kereta dihempas , badan dipusing , melihat ke luar di lubang kecil di sudut tengah pintu . Iris matanya menangkap beberapa figura yang dianggarkan seramai lebih sepuluh orang berjalan ke pagar dengan senjata berbahaya .

Matanya meluas .

" Shit ! Ramainya ! Semua badan sasa-sasa , tinggi . Dia orang ni mesti model - Eh aku pun model , seksi lagi ." Dalam masa tengah sibuk , sempat lagi Irfan memuji diri sendiri .

Mereka makin hampir dengan pagar .

Baru ingin memanggil , matanya membulat . Terkejut tidak terhingga apabila senjata-senjata yang mereka pegang ditarik dan melekat di pagar .

Mag- magnet !

Jangan cakap -

Itu Kizz Calvien punya kerja .

Dan dari mana Kizz Calvien mencari magnet yang mempunyai daya tarikan yang sangat kuat ? Malahan Irfan pasti ianya magnet serbuk yang mana boleh disalut pada sesuatu benda atau ditabur di mana-mana tempat . Magnet sebegitu memang jarang dijumpai di Malaysia .

Mereka cuba mengambil senjata-senjata yang terletak di pagar

" Bijak Vien . Bijak ! " Pujinya sendirian . Kalau Kizz Calvien dengar, mahunya kembang hidung jejaka itu .

Tumpuan Irfan masih kepada kumpulan perompak yang kelihatan ragu-ragu ingin masuk ke dalam namun tetap melangkah jua.

Daripada 12 orang , hanya segelintir kecil mengambil keputusan untuk berjalan di atas rumput palsu . Dan masing-masing terngadah apabila langkah mereka tidak boleh diteruskan kerana tapak kasut telah digam .

Irfan tersenyum senget .

Mana dia orang nak pergi ?

Keseluruhan kawasan rumput itu telah diletakkan gam DUNLOP . Memang tiada harapan untuk melarikan diri ke tempat lain .

Sekarang ahli kumpulan perompak berbaki 8 orang . Irfan sedar lelaki bertopi dan menutup mukanya dengan topeng , memarahi konco- konconya . Sah itu ketua !

Lalu laju langkah diatur ke arah pintu .

Tiga daripadanya mengikutnya manakala yang lain menuju ke arah lain. Mungkin mencari jalan untuk masuk ke dalam selain pintu utama .

Badan Irfan berpusing dan bersandar di dinding . Stapler tembak yang dia pasang sendiri di celah pintu dengan menggunakan akalnya , dikerling sekilas dengan senyum senget yang masih bergayut di bibir .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now