↭ Forty

3K 255 580
                                    



' In a sky full of shadows , he is her star. '

___________________







Sampai di belakang rumah , Encik Darwins memeluk Dellia Jasmien erat . Seperti tidak mahu lepas . Seperti bertahun-tahun tidak bertemu .

Ada sedikit perasaan terpinga - pinga bertandang di hati namun pelukan ayahnya tetap dibalas . Kenapa dia tiba-tiba rasa sedih ?

Kenapa ya?

Pelukan dileraikan .

Bahu Dellia Jasmien dipegang . Anak mata milik Dellia Jasmien ditilik silih berganti.

" Dah besar anak papa ni . Lama papa tak jumpa kamu . And... Look at you ! Cantik macam arwah mama kamu . Papa tak sangka kamu kahwin hari ni . "

Meluas mata Dellia Jasmien .

Papa ?

Kebiasaannya , Encik Darwins membahasakan dirinya sebagai ayah. Kenapa hari ini papa pula ?

Dan...

Encik Darwins memanggil namanya Lia, bukan Dell . Ligat otaknya berfikir . Atas bawah dia pandang Encik Darwins .

Perasaan curiga dan hairan bercampur-baur menjadi satu.

Tapi tidak mengapalah...

Dia ikutkan sahaja rentak ayahnya ini . Papa pun papa lah !

" Tengoklah genetik siapa , kan papaku sayang ? "

Encik Darwins mengangguk . Bibirnya menarik senyum nipis . Genetik dialah ! Siapa lagi. Telapak tangan Dellia Jasmien ditepuk lembut .

" Selamat pengantin baru, Dell. Semoga berbahagia hingga syurga . Dell dah kahwin ni , Dell kena dengar kata Hafine . Jangan sesekali tinggi suara . Jangan sesekali bantah arahan Hafine. Ingat, jaga nama baik dan maruah suami walau apa pun yang Dell lakukan, di mana Dell berada. Tugas isteri adalah menjaga kebaikan suami , melayan suami sebaik- baiknya . "

Dellia Jasmien mengangguk perlahan .

" Baiklah. Dell akan ingat pesan papa . Doakan Dell kuat menempuhi semua ini , papa. "

Encik Darwins mengangguk . Matanya menatap mata Dellia Jasmien lembut . Berilah dia kekuatan untuk berterus terang dengan anak kandungnya agar menerima dia seadanya .

" Papa ada satu lagi nak cakap dengan Dell . Sebenarnya... papa ada adik. Kami kembar seiras . Selama ni yang jaga Dell, itu adik papa . Nama dia Daylan . Ayah angkat kamu . "

Terlongo .
Itulah perasaan Dellia Jasmien sekarang . Bibir dikemam . Dijaga adik ayah kandungnya sendiri ? Apa yang baru dia dengar tadi ? Betul ke ?

Kenapa baru sekarang nak bagitahu dia ? Baru sekarang nak cari dia ? Dia... Tidak tahu mahu kata apa . Lekas dia menarik tangannya daripada tangan Encik Darwins .

" Lia... "

Nama ringkas Dellia Jasmien disapa daripada belakang . Dia kenal suara siapa . Ayah angkatnya . Tidak ditoleh ke belakang hingga Encik Daylan sendiri berdiri di sisi Encik Darwins.

Akhirnya , dia menoleh juga ke hadapan. Silih berganti dia melihat. Wow ! Sama muka !

Bagaimana dia ingin mengecam mereka kalau kedua-duanya tidak ada perbezaan yang ketara ? Cuma ayah kandungnya memakai baju Melayu berwarna krim, ayah angkatnya pula berbaju Melayu warna biru cair.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now