↭Twenty One

3.9K 349 309
                                    

' People with broken wings will always hold the strongest control over the sky . '

__________________

" Eh itu Hafine! "

" Hafine ! Hafine !"

" Please marry me! "

" Kacaknya dia ! Argh ! I need a water now ."

" Hafine . Malam ni you free tak ? Jom jumpa dekat tempat biasa . "

Pelbagai telatah manusia lagi-lagi pelajar perempuan diperhati keliru .

What's going on here ?

Ramai pelajar perempuan berebut-rebut untuk mendekati dia. Semakin langkah ke belakang , semakin mereka maju ke hadapan .

Mulalah kepalanya berserabut apabila beberapa orang pelajar perempuan mengepung Hafine supaya Hafine tidak melarikan diri .

Cuba memusing badan namun perempuan yang bertentangan makin merapat . Suasana tidak ubah seperti zombie mengejar mangsa .

Sekarang dia dah tahu peminat lebih agresif daripada zombie .

Dari kantin lagi Hafine dikejar . Trio rakannya awal-awal lagi membawa diri . Meninggalkan dia terkontang -kanting cuba mencari jalan untuk bersembunyi .

Tapi mereka lebih bijak rupanya .

Mana dia nak lari pun dia tidak tahu . Dalam masa badannya dikerumuni , ada seorang lagi perempuan menolak perempuan lain dengan teddy bear yang dibawa .

Kini perempuan itu betul-betul di hadapan Hafine . Sebelah tangan memeluk patung teddy bear itu erat . Lalu menghulur patung itu kepada Hafine dengan senyum lebar .

" Hafine ! Nah . Ini hadiah untuk you sebab sudi lepak dengan I minggu lepas . " Tiada langsung perasaan malu dalam nada perempuan itu .

Hafine menjongket kening .

Ujaran pelajar perempuan itu tidak dibalas . Acuh tidak acuh sahaja dia melihat patung teddy bear yang masih belum disambut dan masih disua .

Tiba-tiba bebola mata berwarna hazel tertumpu ke arah seorang gadis yang turun daripada tangga dengan berhati-hati . Sedikit sebanyak bibir seksi mengorak senyum kecil .

Aisha Kim .

Pelajar-pelajar yang masih berkerumun dilanggar sedikit kasar . Dia melangkah penuh keyakinan .

Keriuhan peminat-peminatnya di belakang seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri . Macam radio rosak .

Saat gadis itu berlalu di sisi , Hafine lekas merenggut leher Aisha namun ianya tidak terlalu kuat . Aisha terkejut . Kepala memaling ke sisi .

Wajahnya masih tidak dapat dilihat . Belakang badan sahaja dia perasan .

Dan Aisha pasti , itu badan lelaki.

Tapi siapa ?

Kalau badan perempuan , tidak mungkin setegap dan setinggi jejaka Asia . Mustahil .

Tidak sempat Aisha ingin melihat si gerangan tersebut apabila dia ditarik menuju ke sekumpulan perempuan .

Saat dipusing ke hadapan, kepala Aisha tak teragak-agak menoleh ke tepi . Dia kelihatan tersentak apabila Hafine di tepi dia . Jadi gerangan yang menarik lehernya itu tadi ialah Hafine. Senior dia .

Mereka berdua berpandangan . Aisha menggeleng kepala tanda tidak mahu mengikut langkah Hafine tetapi penolakannya dihiraukan .

Aisha kelihatan pasrah .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now